Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Terima kasih daun keladi, daun bawang, daun sup dan segala jenis daun yg ase sebab sudi singgah & ushar2 blog kite.. mmmuuuuaaahhh.... hari yg bz ni kite nak cite sal checklist tunang.. wooow!!!
*gatal jek bunyiknya kan?? aiyaaakk!!
Meh aku nak tolong bantu/help persiapan bertunang korang dgn bg Checklist Pertunangan seperti berikut bg memudahkan korang.. *klu x memudahkan korang, mtk mahap la weh..
1. Pilih :
- tarikh (suprise!!!)
- waktu/masa/jam (seeloknya siang bg mengurangkan kesesatan jalan dlm menuju umah bakal tunang tu berlaku - berlaku pun sebab byk nau kete 4low dr blkg.. nak bg deirection pening ah)
- tempat (klu kat uma leh wat kat hall atau atas katil dlm bilik klu korang ni pemalu cm mak kucing)
- 7 dulang (P) balas 5 dulang(L)
- Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)
3. Pilihan Tema hantaran
Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white
4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah
Buat sendiri (lagi jimat)
5. Pilihan Warna pakaian L/P
Bergantung pada tema hantaran ataupun sukati korang
6. Senarai/Tentukan jenis barang hantaran – Cth:
Perempuan kepada lelaki = 7 dulang
- bagi la ape pun, tp tepak sireh kena ade...
Lelaki kepada perempuan = 5 dulang
- tepak sireh pon kena ade
- cincin sgt wajib taw.. kahkahkah.. i loike!!!
7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)
8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)
9. Cincin tuning & risik – 2 cincin (salah 1 pun ok tetapi sbg PEREMPUAN TULEN mesti nak 2 bijik CINCIN)
- nak beli dgn mak / bakal tunang korang (khas tuk lelaki)
- cincin ade batu bata sesuai tuk lambang tunang
- cincin belah rotan bg lambang risik
10. Pelamin :
Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)
11. Makeup
- Makeup soft kalau bole @ kalau korang nak overdoss pon bole...
- make up by butik/
- make up by ur self
12. Jurugambar
Kalau mampu hire la photographer ke.. xpon pki hp sendiri dah memadai
13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm
x yah la memahal sgt.. nak lebih rahmat, combine la sekali majlis arwah, aqiqah, besday, khatan.. opppssss!!
Katering atau pun masak sendiri
*kalau korang rajin n ramai kaum kerabat nak membantu, y not??? ececehhh
14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp
Biasanya orang tua yang berpengalaman
* ne tau pihak laki nak wakilkan jiran rapat mereka...
15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth
(L ) -7 orang, (P)- 10 orang
andai pihak lelaki bawak 1 bas.. gasak korang...
Perkara-perkara yang akan dibincang kedua keluarga pada hari pertunangan:
1. Tarikh nikah/ langsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?
*****