this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Friday, March 8, 2013

hari jadi


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



selamat hari jadi... bla bla bla

acap kali nyanyian itu akan didendangkan pada setiap mereka yg menyambut hari lahir.. kemungkinan berlainan versi.. spt versi uganda, german, mahupun spain
*lebih manis jika doa yg dibaca

terusik hati bila baca blog seseorang tentang hari lahir..
*katanya, perlu wish ke?

hari jadi mengingatkan tentang kematian...
*dacing kiri dan kanan kite memberat ke arah mana? ce p timbang sat bahu tu (kalau leh la kan.. citt)

kawan² sekalian, umum ketahui yg hari jadiku pada esok hari..
*perasan sgt ni... hahaha

x wish xpe.. janji doakan kita beroleh berkat mak abah & Allah.. didunia mahupun akhirat

*** cau! nak lik KL ptg ni.. mak abah.. here i come...
*** baby cuk.... tunggu taw...

Wednesday, March 6, 2013

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN...

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
aku nak p solat ni.. nak dekat kul 2 dah.. tapi nak share jugak kat korang.. bace k.. kasik insaf cket bg manusia yg x reti menghargai nih..
* tuk aku jgk.. selalu x sedar diri..
 
............----............
 

 Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! ...Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
 
*** b4 airmata aku berderai, nak cabut p surau =(
*** aku doakan bakal lelakiku dan aku sebagai perempuannya bahagia til jannah.. ameen

pergi TAK KEMBALI

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 
♪♫♪♪♪♫♪♫♪...
 
music lagu my girl berkumandang...
 
msg masuk from my adik...
 
"ayah byda meninggal ke? aku dgr pengumuman pagi td, orang blok 4, en alias yg dikenali ramai telah kembali ke rahmatullah... "
*berdebar² jantung aku!!!
 
aku yg tgh drive nak p keje x tgu dah, direct call byda.. tp dy x pick up..
*hati aku bertambah berdebar²nya bila dy x pick up..
 
pastu call nini pulak.. thx God, nini jwb.. aku tya dy..
 
aku : ayah byda meninggal ke??
 
nini : ko bia betol??? time aku ***** (perbuatan beliau cencor ya..) tadi aku dgr pengumuman tp x dgr siape yg meninggal tu.. xpe, t aku lalu dpn uma dy..
 
aku : ok, t roger aku. aku hrp bukan ayah dy..
 
nini : aku roger ko t..
 
 tut tut tut.. panggilan tamat disitu
 
** perbualan x same yg mcm aku taip tuk korang bace ni.. ms sms, aku x speaking pon, aku ckp melayu je.. **
 
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
. .tgh Q feri. .
 
call masuk...
 
~ suara nini lemah...
 
" ayah byda dah xde... "
 
Allah.. innalillah wailaihi roji'un
 
" sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali "
 
sedih saat ni, beb, aku jauh, x dpt nak mai teman ang, tp aku doakan ko, abg n mama ko cekal hadapi kehilangan arwah ayah ko.. kita yg hidup mesti teruskan perjuangan.. selalu doakan ayah tenang disane k..
 
i love u beb..
 
*** hargailah abah korang yg masih hidup...
 
AL-FATIHAH



 

Monday, March 4, 2013

. . I s t i k h a r a h . .

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
hari ni terpanggil untuk update blog..
*tipu.. xd sape pon panggil
 
mari menaip.. waktu keje.. nak praktis jari.. nak menaip surat senang t..
*sebenarnya ramai masuk kusus, aku ade mase nak membongak
 
arituu....
*bukan arini, tapi aritu
 
Istikharah...
selalu x buat?
aku???
*tolong jangan tanya aku
 
*** perbualan x dapat dirakam  ***
 
erm... insaf bile someone to be tanya..
dah buat istikharah dah?
~ belum
*garu kepala.. jujur sangat la pulak
 
kita tak tahu siapa yg Allah gandingkan utk kita..
** garu kepala lagi.. betul kan.. kita ni cam confident jek dia tu utk kite sedangkan kita hanya merancang.. Penentunya Allah
 
mana tau sekali mimpi orang lain ke..
*tepuk dahi pulak!!! dan... tersedar dari lamunan
takut² kalau si dia bukan Allah pilih utk aku..
 
nak kena buat jugak istikharah.. nak bangun tgh pagi buta..
* selalu je tersedar.. pastu tarik selimut.. =(
ketuk kepala!
 

beristikharah lah kita kepada Allah
* senyum =)
 
 
 
 

Friday, January 4, 2013

Maksud Nama-Nama 25 Orang Rasul


Assalamualaikum uolss.. hihi.. lame da x update... round2 kat fb td, terlihat ape yg i share kat bawah ni... mari menambah ilmu dgn membacanya.. =)

Di dalam Al- Quran, terdapat 25 orang nabi yang diklasifikasikan sebagai Rasul. Bermula dengan nabi Adam A.S dan diakhiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ejaan nama 25 Rasul ini sedikit berbeza dalam bahasa Arab dan English. So, jom kita mengenali nama 25 Rasul ini dalam bahasa Arab dan English serta maksudnya. ^__^

Adam
Nabi Allah yang pertama; Manusia pertama; Ikutan / Teladan

Idris (Arabic) / Enoch (English)
Nama Nabi Allah; Yang terpuji ; Yang dirahmati

Nuh (Arabic) / Noah (English)
Nama Nabi Allah; Rehat ; Selesa

Hud (Arabic) / Eber (English)
Nama Nabi Allah; Kesabaran

Saleh(Arabic) / Shelah (English)
Nama Nabi Allah; Yang budiman ; Yang berbuat baik

Ibrahim (Arabic) / Abraham (English)
Nama Nabi Allah; Ayah kepada anak-anak yang ramai

Luth (Arabic) / Lot (English)
Nama Nabi Allah; Yang dilindungi ; Yang ditutupi

Ismail (Arabic) / Ishmael (English)
Nama Nabi Allah; Yang didengari

Ishak/ Ishaq (Arabic) / Isaac (English)
Nama Nabi Allah; Ketawa

Yakub / Ya'qub (Arabic) / Jacob (English)
Nama nabi Allah; Pengganti ; Yang menuruti/ mengikuti ; Tumit

Yusuff (Arabic) / Joseph (English)
Nama Nabi Allah; Yang cantik/kacak ; Meningkat/ Bertambah

Ayub (Arabic) / Job (English)
Nama Nabi Allah; Pengganti ; Yang memohon keampunan

Shuib / Shu'aib (Arabic) / Jethro (English)
Nama Nabi Allah; Sungai/ Lembah

Musa (Arabic) / Moses (English)
Nama Nabi Allah; Yang diselamatkan dari banjir/ air

Harun (Arabic) / Aaron (English)
Nama Nabi Allah; Yang Mulia ; Yang Tinggi/ Agung ; Yang Unggul

Zulkifli/ Dzulkifli/ Dhul-Kifli (Arabic) / Ezekiel (English)
Nama Nabi Allah; Pemilik ; Pemberian; Kekuatan ; Balasan Berganda

Daud (Arabic) / David (English)
Nama Nabi Allah; Yang dicintai / disayangi

Sulaiman (Arabic) / Solomon (English)
Nama Nabi Allah; Keamanan ; Ketenangan

Ilyas/ Illias (Arabic) / Elijah (English)
Nama Nabi Allah; Pemimpin Terkenal; Tuhanku Berkuasa

Ilyasa' / Al-Yas-a (Arabic) / Elisha (English)
Nama Nabi Allah; Tuhanku yang Maha Pemurah ; Tuhanku yang Maha Penyelamat

Yunus (Arabic) / Jonah (English)
Nama Nabi Allah; Pemilik ; Kasih sayang; Burung merpati

Zakaria (Arabic) / Zechariah (English)
Nama Nabi Allah; Tuhanku yang mengingati

Yahya / Yahaya (Arabic) / John (English)
Nama Nabi Allah; Yang hidup ; Peramah ; Yang Menyokong

Isa (Arabic) / Jesus (English)
Nama Nabi Allah; Pemimpin, Yang diberkati, Pemurah, Yang luas

Muhammad
Nama Nabi Allah; Yang Terpuji

Moga memberi manfaat buat anda semua..

* cumilnya aku, nmpk sopan je dgn setiap ayat yg dilontarkan... ececeehhh.. hahahaha

 

Thursday, November 22, 2012

dovey!

ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! Syukran ya Allah.. Syukran di atas pengunduran israel drpd Palestin.. bergembiralah wahai saudara seIslamku disana... terharu sgt... mesti dorang sedang meraikan berita gembira tuh... namun, aku sgt mengharapkan kalian semua akan terus memanjatkan doa kepada ya ilahi.. agar ketenteraman dan keamanan tu akan berterusan dan berkekalan, bukan sahaja di Palestin, malah di negara2 lain.. in shaa Allah =)

(tersenyum pagi2 bila on 9 facebook sambil tgu kedatangan feri, bila terbaca tentang gencatan senjata oleh Israil)



Assalam. Hai uolss...

2 minggu lepas, on Jumaat, historynye.. My dovey, sampai dengan selamatnya di kl wat pertama kalinya! hoyeh.... Syok sgt.. Sebab duit aku byk abes! Hakhakhak.. Tp i x kesal sbb i terlalu njoy ms lik ritu.. *** Part plg best, janji aku dulu nak bwk mak lik jpe opah bila mak nak.. Tp aku dpt bwk mak jpe nenek je.. Sbb opah da arwah, gpun time tu aku lom beli kete..

itu pun sat ja jpe nenek, nenek bz, ade 3 majlis kawen, then otw lik, bwk mak jpe andak lak.. Andak i ni merupakan adik kpd mak i.. Merasa la kaki i ni lebam bile pak ndak urut ( beliau tukang urut ).. tp x mcm urut jgk sbb kaki i ni ase cm kena asah gn pisau lak bila di peganng. Sakit sgt!

heeee.. Ikutkan nak sgah sat jak.. Then andak pelawa lunch.. Pergh! sgt terbaik kari ikan solomon dy.. Pes taim i ase ikan solomon masak kari.. hakhakhak..

urusan i selama seminggu...

sabtunya (10/11/12) : p wedding kwn sekelas... ashroy, n wedding kawan my boo at putrajaya..

ahad (11/11/12) : refer pada *** di atas, after p uma nenek n andak, petangnya teman my boo p Low yatt!!! aihhh... teman beliau p perabeh wet!

isnin (12/11/12) : sepatut melepak jek kat uma tp petang tu hang out p mines sat gn byda.. mlm p carik bege bakar gn akak, adik n her bf kat shah alam tp x jpe! padan muke! hahaha..

selasa (13/11/12) : detim gn my boo.. eh, ye ke? aku pun x hengat da...

rabu (14/11/12) : chill with nini n byda.. hehehe

khamis (15/11/12) : pagi seawal 8 am, dah bertolak ke penang..

ok bai... nak lik dah.. menaip seharian padahal dok berjimba sensorang jek dalam opis nih...




 

Tuesday, November 6, 2012

ketam

yesterday, gigih ni.. meredah ujan after perform asar.. gara2 encik jamal cancel hotel yg aku booking, sebab bilik superior yg aku booked tu xd tingkap.. lalu menyuruh aku booked hotel lain lak tuk dy.. haihh.. lewat lik semalam.. then singgah econsave.. ngeee.. teringin nak makan sup ketam.. nak masak lemak ciliapi ketam, sejujurnya aku x reti.. sebab penggunaan santannya.. lagi pulak aku x suke santan dalam kotak... aku suke yg fresh.. tapi nak kate x reti tu cam kejam jek.. cani lah, sebab bahan2nya xde.. klu ade, mmg aku nekad nak wat gak lemak ciliapi.. (kahkahkah... korang caye ke weh cakap aku..)

okeh, sesampai je econsave dgn cuaca hujan tu, aku dgn syoknye  pilih 2 ekor ketam.. n nak suh mamat tu siangkan ketam tu sekali.. malangnya, dy kate x reti nak siang.. adoii.. aku teringat abah pena kate, ketok ketam.. hakhakhak.. abes la.. kat uma xd lesung batu.. blender ade la. xkan nak blend ketam lak? hahahha...sementara tunggu dy menimbang tara berat ketam, aku tanya mak cik sebelah aku.. "macik, cane nak siang ketam???", soalku sopan.. lalu dy pegi ke tempat ketam yg berlonggok n tunjuk caranya... wahhh... mekasih macik..

balik tuh terus masak weh, x tunggu2 dah.. aku pun tataw mak basuh ketam guna ape.. asam keping ntah mana letak duduknya.. aku guna tepung jek.. settle basuh, terus rebus ketam.. hikhikhik.. ms carik sup bunjut kat econsave tade.. dgn harapan ade la jugak stok kat umah tp hampeh.. yang tinggal stok ayam knor... jadik laa.... masuk la seketul...

sambil2 tu..  potong bawang merah, putih n halia.. goreng! sup tu aku letak garam cket, ngan sos tiram.. mase tengok resipi dy soh masukkan gula n serai.. tp 2 item tu aku x masukkan dgn sengaja.. pelik aih letak gula.. lastly potong daup sup.. n x lupa sebelum p masak nasik, aku kuakan cendawan, baki mgu lepas.. basuh2.. rendam2.. tos2.. masukkan skali dalam sup b4 aku makan... eh, ngan blackpepper.. heee... taraaaa




hiaskan dgn tomato potong dadu + daup sup
 

settle perform maghrib, wat telur dadar.. hiiiii... cedapppnya... dlm periuk ade ag seko.. leh ratah2 balik sat g.. ngeee.. meh nak share petua sket kat bawah ni..


::PETUA UNTUK DIKASIHI & DISAYANGI :
1st: ambil sebiji BUAH PINANG, kemudian baling kepada orang yang disukai sekuat hati...Kalau dia sebut " ADUH "bermakna dia dah mula bagi respon!!! Untuk lebih mujarab, gunakan BUAH DURIAN, anda harus baling tepat kat belakang dia, dan bila dia sebut " Aaaaaa....... " anda lari sekuat hati....Kalau dia kejar anda, maknanya dia dah mula sayang kat anda!!!
SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!