this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Saturday, November 12, 2011

tudung bawal


mungkin ade yg x taw.. tudung ni manyak spesies dr segi nama.. ikan style pun ade taw..

itu lah dy.. cam kat atas tu.. tudung bawal namenyer... hakhak.. (muke aku ni da sinonim gn shawl kot.. bile pki tudung cam kat atas ni.. ramai dok pelik lak..)

aku da lame x pki tudung bawal ni taw.. oleh kerana aku suke warne kelabu n nak matchkan gn baju grey aku.. aku pun iron la tudung tsebut..

ngeee... sempena majlis en jamal punye besday.. aku pun posing ler dgn cake beliau.. lalala...

Wednesday, November 2, 2011

sabar je la..


Hait.. cepat²!!! Dah kul 5 lebey da ni.. assalamualaikum korang.. pg2 lg saya da senamrobik.. pastu bfast spaghetti bolognese, mushroom soup + garlic bread.. pehhh!!! terbaik ohhhhhhh!!!! pastu minum susu.. alamak! baru tringat.. x sempat mamam coco crunch la... huuuuuuuuuu~~~~~~~

pas bfast.. aku wat keje yg sgt manyak today taw.. bole bayangkan x..  file ni dtg berbundle cani.. pastu kena susun ikut no siri... memang terbaik.. =)


ehem.. arini, ade tguris ati sket gn sorang pompuan ni.. ske sgt mguji kesabaran ni.. tp saya akan bersaba dgn kamoo!!! Even awak guriskan ati saye.. saye xkan guriskan ati awak sbb skali saya ckp t, ati awak x tguris taw.. tp tkoyak terus.. *be patient nurul..


Haaa.. tgh² bz wat keje.. radio kua lagu dealova.. so.. ase nak pos kat wall.. lalala ♪♫♪♫♪♫..*tin!!!! da post da.. hihi =)

Ape lg eh aku nak bebel kat cn.. em.. tade da kot.. klu ade pun.. esok la aku share.. jam da menunjukkan 5.35.. aku ot rini.. dok cbuk carik hotel area BB.. uwaaaa.. payah nye.. x leh ke boss luluskan staf yg nak p kusus ni dok otel 5*... kan senang keje saye.. staf yg nak di anta p kusus pun pegi dgn hati yg gumbira... ini, nak kena crk otel yg sesuai dgn gred staf tersebut.. sume otel mahal² la area BB.... uwaaaaaaaa.. *dah name keje.. wat je la kan.. hahaha!!!

kat bawah ni pix makanan yg di jemput tuk menghuni pewot saya...


di atas adalah susu dan paper utusan.. *nak putih blk.. tu pasal minum susu.. haha


our lunch.. roti nan + ayam tandoori

lepas lunch.. layan karoke plak.. dan ptg nye...

 dok ngeteh..

dan b4 ngeteh... dok amek pix.. amek pix.. amek pix.. tp 1 je aku nak share.. hahahahahaaa.. tp didi kate x cumil nape???????????????




Monday, October 31, 2011

benci!!!

Arini.. 31 Okt 2011.. hari terakhir tuk Bulan Oktober ni la.. uwaaaa.. sok da 1 Nov da.... dengan segala hormatnya, aku nak umumkan bahawa aku tension yg teramat sgt!!! Ape nak jadi la... something wrong somewhere la ni! Aku yakin sesangat.. aku yakin, sume sebab dy!!!!!


X yah la aku cite sape dy sbb aku xkan gtaw kat sape2 pun.. aku mencik dy!!! Uwaaaa.. mencik! Mencik sgt... klu la aku leh ckp kat muke dy... ko igt ko bagus bile mainkan ati org? Cetttt!!! Sbb ko, ari aku jd x kena.. sbb ko, sume org jd mangsa.. sbb ko, aku tgh geram ni.. ase nak marah sume org!!!

Uwaaaa.. last nite plak aku mimpi kak dewi.. bukan dewi si doktor2 cinta itu okeh! Ini bkenan dewi.. dewi.. dewi.. (*okeh... tamo cite sal dy..).. uwaaaaaaa... parah da ni.. aku geram sgt2 ni la.. ape aku nak taip ntah...

Erm.. td meeting bahagian.. cambest jek.. t leh shopping kasut n bola bowling dibawah tajaan kelab sukan.. berita ini agak menyejukkan ati aku.. tq Allah.. *aku nak taip ape lg ntah.. skg ni time lunch tp aku x p mamam ponnn..

Hahaha.. now da 2.20 kot.. okeh sekalian.. kite nak p bank.. nak p cash cek ni ha!!! Lame da tgu.. baru la ni nak clear! cettt.. *lama tol aku menaip kan.. ntah ape2 la...

*dah.. jgn ikut prangai aku... uwaaaaaaaaaaaaaaa
*ag 1.. aku mmg xde bakat nak menaip ke?? hahaha...

Monday, October 17, 2011

sedey la...

assalamualaikum.. sari berita penting.. aku ase sedey la arini.. jgn tanya nape taw.. sebab aku sniri xde jawapan utk soalan yg aku cipta ni.. feel like.. air mata nak berguguran aje.. T___________T

tapi aku xmo kesedihan aku ni effect hari aku... sebab jam baru kul 3.23 ptg.. ade dalam 8 jam utk menemui hari baru.. meh cn.. saje nak share kenangan naik Logos Hope.. hihi.. ape yg aku taw.. setiap singgit caj masuk Logos hope ni, akan didermakan..



kuhsyuk tuuuhhh ^_____________^

hahaha.. aku dok taip ckt jek.. tp now da 4.20 ptg.. hahaha.. baru nak pos. adehhhh




Tuesday, October 4, 2011

4 Okt 2011

Assalamualaikum... dengan segala rasa rendah hati dan tawadduk.. aku memohon ketenangan Mu Tuhan... resah hati ni, xde sape yg dpt jawab...

berakhir sudah syawal... diam x diam.. arini dah 6 zulkaedah... alhamdulillah.. kau! kau! dy! budak tu! mereka! korang! dan aku... masih diberi ruang tuk bernafas... tq Allah.. =) dan dah ramai jugak yg berangkat ke tanah suci Mekah utk mengerjakan haji.. semoga seluruh umat Islam mendapat haji yg mabrur.. amin..

weeeeeee... lame da kan aku x update blog ni.. padahal manyak jek benda aku nak share ni taw... wiwit!!! skg ni, aku agak bz... mcm2 menda nak kena settle.. dalam masa yg sama, byk kisah gembira dan duka aku perolehi dari family dan teman2.. namun aku bersyukur.. semua daripada mereka dpt menempuhinya dgn jiwa yg kental =)

okeh.. ekceli aku dok menaip ni dr kul 10 pg tadi... laaa ni da 2 ptg.. time rehat... rushing p solat lak ni.. korang take care taw.. sok kite nak p pangkor, team building.. doakan kite samat p  balik taw.. inshaAllah nak singgah KL.. *cam xd motif jek kan aku update ni.. hahaha

Tuesday, September 13, 2011

kursus oh kursus


kabareeeeeeeeeeeee..... tu bahasa jawa tau.. maksudnya ape kabar.. hai2... 2 hari aku berkursus di opis sniri.. mmg syok.. sbb x perlu nak kejar masa dan bagai.. yg paling penting, group aku yg bernama BOB, menang!!!! yeayyyyy...

di anggotai 12 org semuanya.. mostly pegawai... hahaha.. aku selaku tukang tuleh jaaa... msti korang nak taw nape name kump kami BOB kan, meh ku terangkan.. BOB adalah singkatan bagi Blaze Of Brilliant... atau pun dlm BM nya adalah Letusan Kecerdikan.. klu x silap aku la kan.. hikhik..

sebenarnya ape yg disampaikan penceramah iaitu Dr haji Mustafa, aku sniri x bape nak faham sbb aku asek kua masuk bilik seminar kerana melayan panggilan daripada catering.. adoiiiii!!! al-kisahnya, aku la yg handle makan dam minum peserta... wuwuwu...  end up, x byk yg aku phm..

tp ok la kot.. selagi dpt sijil, aku dikira lulus.. hah, mai nak cita, kursus tersebut adalah Kumpulan Inovasi & Kreatif... depa ajar la cara nak kreatif dlm bekerja ni.. Dr Mus ckp, slagi kite x wat salah, kite xkan belajar.. betol gak tu.. kite xkan tau benda tu salah slagi x di tego bile kite yakin kite betol.. *pening la pulak .. ape ntah aku ckp ni..

aku nak attach pix2 mase presentation tp x sempat amek pix pun.. t la aku try.. hohoho..

Monday, September 12, 2011

Perigi Mencari Timba

"Sekarang lepas habis degree, nak buat apa pula? Nak kerja atau sambung lagi buat master?," saya bertanya.
Pada malam itu, alhamdulillah, diizinkan oleh Allah s.w.t. sempat bertukar khabar, bertanya berita kepada seorang kenalan yang berstatus kakak, yang saya kenal hampir 15 tahun silam. Beliau juga antara insan yang saya amat kagumi dan hormati. Akhlaknya baik dan dalam bidang akademik, mendapat anugerah dekan itu biasa. Mantap pokoknya.
"Akak rasa nak jadi pensyarah. Kebetulan habis degree, pihak universiti tawar sambung master. InsyaAllah kakak rasa nak sambung master," jawab beliau. Dengan keputusan yang cemerlang, bukan satu hal yang sukar untuk mendapat tawaran ini. Walaupun dengan usia yang muda, seawal 25 tahun.
"Ngomong-ngomong, sekarang sudah masuk umur 25. Sudah ada calon belum kak?" saya cuba mencuit dengan nada bercanda.
"Erm, itu yang akak nak cerita dan minta pendapat Ami ni."
"Owh... beres. Ceritalah... kalau boleh saya bagi pandangan, ya saya bagi. Jika tak boleh, sekurang-kurangnya menjadi pendengar yang baik," jelas saya.
"Ada seorang yang suka pada akak, tapi akak tak berapa berminat kerana akhlaknya tak bagus. Jadi akak tolaklah."
"Bagus, seharusnya macam itulah," komentar saya. Menambah rancak perbualan.
"Itu tak apa lagi. Akak tak kisah pun. Cuma sekarang, bimbang juga, dengan umur sudah masuk 25, tambah pula nak sambung master. Tak ramai lelaki yang berani," jelas beliau.
Sudah menjadi polemik dalam kalangan masyarakat apabila kita bercerita tentang dua kutub insan ini, faktor akademik dan taraf hidup menjadi permasalahan.
Wanita ramai di pusat pengajian awam, lelaki ramai di pusat serenti. Wanita ramai mencari ijazah, lelaki ramai berusaha menjadi jenazah di jalan raya yang "lurus". Itu baru dibuka cerita hal kelayakan duniawi, belum bersembang bab kelayakan akhirat. Susut, paras kritikal.
Lantas kebimbangan yang dikongsi itu, sebenarnya wajar dan tidak dapat tidak, kita harus mengakuinya. Ralit masyarakat kita, umur 25 tahun, adalah umur yang paling "cun" untuk melangkah ke alam sana. Menghampiri ke umur itu, cukup mendebarkan buat si gadis. Saya mengerti.
"Jadi sampai sekarang, tak ada lagi lah lelaki yang masuk merisik khabar?" Tanya saya.
"Erm, belum ada. Cuma macam ni, akak ada berkenan dengan seorang lelaki ini. Baik perangai dan insyaAllah soleh. Cuma itu di peringkat akak, jika dia, akak belum tahulah bagaimana."
"Jadi nak minta pandangan Ami, macam mana nak buat?" tanya beliau.

Mainstream Masyarakat

Selalunya, setiap hubungan itu dimulai oleh si jejaka. Mendekati si gadis, merisik si gadis, sehingga meminang si gadis. Caranya pelbagai. Bagi lelaki yang faham apa itu Islam, apa itu hukum syarak, si jejaka akan menguruskan dengan panduan tersebut. Tapi tidak kurang juga, lelaki mengambil panduan bukan dari Al-Quran dan sunnah.
Apabila lampu hijau diberikan oleh si gadis, biasanya selepas itu akan menyusullah ijab dan kabul. Lelaki meminang wanita, itu biasa dan lumrah bagi masyarakat.
"Apa kata, akak yang mulakan dulu. Maksud saya akak yang merisik lelaki tu?" Cadangan "ganjil" saya.
"Ish Ami... seganlah. Tak buat dek orang," pintas beliau.
Ya... perempuan meminang lelaki itu aneh bagi masyarakat kita. Tetapi jika kita menyemak kembali helaian sejarah gemilang, yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat, hubungan membina keluarga Muslim lagi mukmin itu bukan dengan cara satu hala.
Ada sirah mentafsirkan hubungan itu dimulai oleh jejaka meminang wanita. Dalam pada masa yang sama, ada sirah mencatatkan hubungan itu dimulai oleh wanita itu sendiri.
Lupakah kita dengan kisah cinta Murabbi Cinta kita, Rasulullah s.a.w. dengan wanita syurga, Siti Khadijah. Dalam kisah cinta, cinta terbaik yang harus kita umat akhir zaman contohi sudah semestinya baginda. Ini membuktikan, pinangan itu bukan satu talian kehidupan yang bersifat satu hala, tetapi boleh bertukar menjadi dua hala. Tergantung keadaan dan masa.
Seganlah!
Ya segan, kerana tidak dibuat dek orang kita. Sedangkan syariat begitu luar melebar dalam menata hidup umat Islam. Cukup cantik dan cukup sempurna, berbanding keterikatan adat yang menyempit. Menyusahkan.
Yang wajib, tidak dibuat.
Yang sunat, dilihat wajib.
Yang haram, itu dipertahan!
Sebenarnya, ada sesetengah adat dan syariat yang boleh dicantumkan. Dan jika ada pertembungan, bagi kita yang mengaku beriman dengan Allah dan Rasul, syariat itu diletakkan di hadapan sekali hatta pedang di leher sekalipun.
Kebenaran itu di zaman ini dilihat asing dan janggal di mata masyarakat. Justeru menjadi "cicak yang pekak" amat dituntut biarpun dicop sebagai tidak tahu malu!
Cara Menghubung
"Habis tu macam mana akak nak buat? Takkan akak nak jumpa dia, tanya nombor telefon keluarga dia... aneh la dan malu lagi," jelas beliau.
"Haa.. ada caranya dan malu itu tandanya ada iman," pintas saya.
Sering kita, malu itu malu tidak bertempat. Ramai wanita ke pusat membeli-belah dengan menayang pusat, bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim, keluar malam tak ingat dunia, berpeleseran di tempat awam tanpa segan dan malu. Buta hujung, buta pangkal.
Mahu meminang lelaki yang baik untuk diri sendiri? Ah... malu. Malu tidak bertempat.
Jika melamar lelaki itu dibenarkan syariat, kenapa tidak?
"Saya cadangkan, akak risik dia melalui orang tengah. Orang tengah ini bukan sebarang orang boleh jadi. Dia harus orang yang amanah dengan rahsia dan baik akhlaknya.Jika kita lihat Siti Khadijah itu sendiri dalam meminang lelaki terbaik di dunia, Rasulullah s.a.w. juga melalui orang tengah. Jadi, mengunakan orang tengah adalah jalan terbaik dan dan lebih mulia bagi seorang wanita," terang saya.
"Biasanya, orang tengah itu siapa?"
"Biasa orang tengah itu, pasangan yang sudah bernikah. Dan pasangan ini baik antara akak dan lelaki itu. Jadi akak boleh sampaikan hasrat melalui isteri, dan akan disampaikan ke lelaki itu melalui si suami."
"Menarik... tapi itulah segan juga tu. Macam tak laku pula."
"Biar memilih, asal jangan salah pilih. Pernikahan, bukan untuk sehari dua. Kita cuba untuk selamanya. Tempat kita mencari ketenangan. Tak laku, low class atau segala macam title yang diberikan, semuanya sekadar kata manusia. Biar di pandangan manusia low class, tetapi Allah lihat kita hamba yang high class."
"Hurmm..."
"Pandangan kita, gadis bertukar pasangan sekerap menukar lampin bayi, itu high class, hot stuff. Dibawa ke hilir jantan ini, dibawa ke hulu jantan ini. Itulah "gadis laku" di zaman kita. Jika begitulah, biar tak laku pun apa. Allah lebih mengetahui," saya memberi semangat.
"Cuma satu lagi akak bimbang, macam mana kalau pinangan ditolak lelaki tu? Malulah."
"Disini peranan orang tengah menjadi penghubung yang paling penting. Jika orang tengah itu amanah dan bijaksana dalam melaksanakan misinya, insyallah jika ditolak sekalipun kita masih santai kerana kerahsiaan amat terjaga. Apa-apa pun, doa, usaha dan tawakal itu kuncinya," jawab saya.
Perigi mencari timba atau timba mencari perigi, masih dalam lingkungan kaedah. Dan jangan kita terlupa tugasan utama kita di dunia. Sudah solehkah kita? Sudah solehahkah kita? Dengan menyelesaikan persoalan tentang diri kita, urusan si dia, dengan izin Allah dipermudahkan.

Lelaki baik, untuk wanita baik. Wanita baik, untuk lelaki baik. Itu sifir Ilahi! Itu firman tertinggi! Mahu kita percaya? Tidak perlu dijawab, tanyalah iman!

"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)." (Surah An-Nur:26)

*Biar memilih asal jangan salah pilih.
*kopi-pes yg berjaya... =)