MATI.. SEMUA ORANG TAKUT MATI. ADE SESAPA X YG X TAKUT MATI? AKU RASA ADA, IAITU ORANG² YG BERIMAN.. MEREKA YG MELEBIHKAN UKHRAWI DARIPADA DUNIAWI.. wallahua'lam (pendapat aku la... )
assalamualaikum..
yg hidup akan mati.. di situ, akan terjadinya perpisahan buat selama²nya antara yg mati dgn yg hidup.. mati.. aku takut mati.. sebab kalau kata x takut, nampak beno nipunye.. tp x bermakna aku ni org yg x beriman.. aishh.. semua org taw kan cane asenye..
malam tadi.. jgn ckp aku x senonoh pulak eh.. sekadar nak berkongsi
selesai buang air besar kan, aku tetiba teringat tentang kursus jenazah yg aku join 2 minggu lepas.. ustazah tu xde la tunjuk cara mandi betol2 sebab xd sape yg rela.. ustazah tu tunjuk cara olok2 je la.. mandikan 3x di setiap bahagian.. dan, kita kena keluarkan najis jenazah.. ianya dipanggil 'meruam' sebelum diangkat hadas bg jenazah tersebut.. aku duduk kat sebelah jenazah palsu, kak na nama dy.. (time tu sebenarnya aku nak nangis.. aku takut.. terbayang wajah mak abah yg ada kat KL..)
aku terus ase insaf bercampur takut.. aku terpikir, kalau la aku sakit perut n aku tahan proses pembuangan ni, dan nak dijadikan cerita yg nyawa aku ditarik, mcm mana la agaknya proses meruam aku nanti.. sedey sgt, xmo mati skang asenye.. b4 kua toilet, aku amek wudhuk, terasa nak lakukan solat sunat ****** (x yah la mention solat ape kan, nanti jadik lain kalau disalah ertikan..)
aku masuk bilik, terus google, "TANDA² AKHIR KEMATIAN"
lepas baca tanda²nya, aku mendirikan solat dan berdoa, kemudian aku baring. lampu pun x tutup. time tu rasa takut kalau² izrail datang pada aku. rasa kerdil sgt.. tatau nak luah pada sapa.. kalau call mak abah, nanti dorang risaukan aku lak.. (sedangkan aku minta maaf masa otw lik KL - BUTTERWORTH pun, akak aku ckp, mak ak nangis² pegang periuk sebab aku x pena pun dok mtk maaf.. ***terasa teruk lak kan.. ye la, salu mtk maaf time raya..) aku x berani nak tido pun.. aku pegang hp, bukak msg, reply msg si dia.. mcm² pesanan dy inset dlm msg terakhir b4 dy tido.. thx amek berat sal diri saya eh.. thx!!! =)
hampir 2 am, bila hati da relax, baru aku off lampu.. letak kepala kat bantal dan mengiring ke kanan, aku muhasabah diri.. apa yg telah aku lakukan hari ni, semalam, kelmarin, 2 3 hari lepas.. hati jadi sayu.. sambil nak lelapkan mata, aku baca apa yg patut..
sini, aku nak share.. (kopi pes dr blog seseorang.. tq ya.. perkongsian sesama kita)
Tanda-Tanda Akhir Kematian &
Kaitan dengan Waktu Asar
"Bahawa malaikat maut memerhati
wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang
merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka
berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku
diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa."
100 Hari
Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas
asar.Seluruh
tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki
menggeletar atau menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan
bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang
setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan
tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari
Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash
Allah SWT.
Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji
dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba
ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. (betul kan? jgn byk makan ok..)
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah
belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana
kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke
pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai
tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam
Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk
mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan
kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk
menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk
mengkafankan bahagian mukanya. (sayunya.. )
Waktu
Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir
dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar?
Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun
isyak.
Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?
Kebaikan Solat Waktu Asar

Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila
Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...
"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1
Sebagaimana yang diketahui
setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada
waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada
waktu tersebut.
Sebagaimana yang
diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai
peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu
sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian
suntuk.
Mungkin ini hanya tafsiran
seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan
hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang
lemah adalah dari diri aku sendiri
Wallahuallam...
0 comments:
Post a Comment