this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Tuesday, April 3, 2012

Pernikahan dan Perkahwinan..

*** Warkah dari hati ke hati. Kita bernama insan.. Moga saling  memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan ***

Pernikahan dan Perkahwinan
Menyingkap takbir rahsia...WANITA... Isteri yg kamu nikahi..
Tidaklah semulia Khadijah..
Tidaklah setaqwa Aisyah..
Pun tidak setabah Fatimah..
Apalagi secantik Zulaikha..
Justru isterimu hanyalah wanita akhir zaman, yg punya cita-cita menjadi SOLEHAH..

Pernikahan dan Perkahwinan
Mengajar kita punyai tanggungjawab bersama..
Isteri menjadi tanah.. Kamu langit penaungnya..
Isteri ladang tanaman.. Kamu pemagarnya..
Isteri kiasan ternakan.. Kamu gembalanya..
Isteri adalah murid.. Kamu gurunya..
Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya..
Bila wajah kehidupan bertukar paksi..
Saat isteri menjadi madu.. Kamulah penawar bisanya..
Seandainya isteri tulang yg bengkok, berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan dan Perkahwinan
Membawa sejuta rahmat..
Menginsafkan kita perlunya IMAN dan TAQWA..
Untuk belajar meniti sabar dari redha ALLAH SWT kerana memiliki isteri yg tidak sehebat mana..

Justeru, kamu bernama lelaki akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah pun bukan pula Saidina Ali. Tapi kamu cuma suami akhir zaman yg berusaha menjadi soleh. Amin...

0 comments: