this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Sunday, March 24, 2013

cinta kau dan aku

 
 
Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

* Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

*
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku
 

 
hi blogger2!!! layan x drama ni.. aku sgt2 lyn.. sampai aku rase aku lah nur farisya iman itu.. okeh.. sgt perasaaan disitu. bai!

Saturday, March 23, 2013

hadiah air mata


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Story tahun lepas entah mase bile, antara aku dan abah..

Aku        :               Abah, nanti tolong belikan akak quran yer.. (tergoda gn quran milik abah yg tulisannya yg berwarne warni.. setiap warne tu membawa cara bacaan yg berlainan.. spt dengung ke.. )
Abah     :               Nanti abah beli.. *lebih kurang camtu la kot.. x igt da skrip yg betolnya..

Story tahun ni ntah bile jgk antara aku dan adik

Aku        :               Jah, aku nak quran la.. kat penang tu, quran aku kecik je.. *salah aku jgk.. quran yg mak adiahkan pas aku khatam mukadam dulu tu aku xmo bawak.. alasannya, quran  tu besar.. *sbnrnye aku tgok ade lidi antara helaian quran tu, ase cm mak guna.. x sampai ati nak amek..
Adik       :               Abah dah beli lama dah la utk ko.. ade atas tv dlm bilik.. xd sape bg taw ke?? Kdg2 aku pki.. ko jgn maraaa taw…
Aku        :               Haaaa? Xd sape gtaw pon!!! Xpe, t aku bwk lik penang..

*Kebetulan pastu besday aku.. mase aku pgg quran tu, aku cek la jgk helaian2 tersebut, kalau2 abah ade tulis nota bersurat ke kan… hehehe.. tp xde.. =(
*aku nak byr quran tersebut sbb aku yg request tp abah kate x yah byr.. isytihar adiah a kan??? hihi
Kejadian tadi lepas isha’… (baca kalam Allah..)
Lupa nak ckp, quran aku ni pun ade ade warne jgk taw.. tp x sewarna warni cam milik abah..
Tgh2 baca tu, aku nak confirmkan bacaan tu patut aku berhenti kat mane, aku cek la helaian dpn yg member info tntg bacaan tu nak berhenti n bermula kat mane.. tetibe tnmpk helaian putih yg de tulisan pensel… ni dia kat bawah..
 
UNTUK ANAKKU NURULAINI...
Abah, kalau abah taw mesti abah sedih. Bila akak terbaca nota tu kan, akak x dpt nak teruskan bacaan dah. Air mata akak keluar cam air terjun.. kalau jiran sblh dgr mesti dorang igt antu menangis.. abah, akak sayang abah!
**my love pun de bg adiah gak.. MUG yg ditunggu2 setelah mug yg pertama berderai tanpa rela suatu ketika dahulu.. la ni nak gune pun takut.. takut pecah.. leh tengok jek.. sebab dy pesan, pasni tade da... huwaaa.. (dy x kate jgn guna tp aku yg xmo guna)
** Allah, sungguh aku rindu dy.. aku redha dgn jarak kami..

Friday, March 22, 2013

cinta kasih

 
 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 
 
Pernah hati ini menjadi milikmu
Kasih dan cintaku hanyalah untukmu
Namun bukan kamu akhirnya cintaku
Ini takdir aku milik dia

Ku anggap selamanya tak pernah berubah
Kasih dan cintamu teguh untuk aku
Namun bukan aku akhirnya cintamu
Ini takdir engkau milik dia

Biarkan hati ini
Merawat lukanya sendiri
Membuang cinta
Lama terbenam dalam hidup ini

Tiada daya diri ini
Menerima hatimu lagi
Maafkan aku
Cinta kasih bukan untukmu

Lupakan semua
Janji-janji kita
Bersama

Lama telah berakhir
Kisah kasih kita

Terpadam tersisih
Oleh arus masa

Akan aku cuba
Bawa jauh cinta
Ini takdir
Engkau milik dia
 
*** berdiam lebih baik

Wednesday, March 20, 2013

Checklist Pertunangan (nak tunang ke??)


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Terima kasih daun keladi, daun bawang, daun sup dan segala jenis daun yg ase sebab sudi singgah & ushar2 blog kite.. mmmuuuuaaahhh.... hari yg bz ni kite nak cite sal checklist tunang.. wooow!!!
*gatal jek bunyiknya kan?? aiyaaakk!!

Meh aku nak tolong bantu/help persiapan bertunang korang dgn bg Checklist Pertunangan seperti berikut bg memudahkan korang.. *klu x memudahkan korang, mtk mahap la weh..

1. Pilih :
  • tarikh (suprise!!!)
  • waktu/masa/jam (seeloknya siang bg mengurangkan kesesatan jalan dlm menuju umah bakal tunang tu berlaku - berlaku pun sebab byk nau kete 4low dr blkg.. nak bg deirection pening ah)
  • tempat (klu kat uma leh wat kat hall atau atas katil dlm bilik klu korang ni pemalu cm mak kucing)
2. Tentukan jumlah hantaran L/P – Cth: (sila buat check list dgn pasangan)

  • 7 dulang (P) balas 5 dulang(L)
  • Pastikan pihak perempuan bagi lebih dari lelaki. Selalunya dalam bilangan no ganjil)

3. Pilihan Tema hantaran

Biasa nya pemilihan color yang lembut. eg. soft pink, soft yellow, white

4. Pilihan Gubahan sendiri / tempah

Buat sendiri (lagi jimat)

5. Pilihan Warna pakaian L/P

Bergantung pada tema hantaran ataupun sukati korang

6. Senarai/Tentukan jenis barang hantaran – Cth:

Perempuan kepada lelaki = 7 dulang
  • bagi la ape pun, tp tepak sireh kena ade...

Lelaki kepada perempuan = 5 dulang

  • tepak sireh pon kena ade
  • cincin sgt wajib taw.. kahkahkah.. i loike!!!
*** tepak sireh tu adat je.. korang nak bg tapak tangan pon bole..

7. Tentukan jenis barang hantaran – Cth: Lelaki = 5 (listkan barang2 yang hendak diberi)

8. Jumlah wang hantaran & mas kahwin
Hantaran : ? , Mas Kawin : (ikut negeri)

9. Cincin tuning & risik – 2 cincin (salah 1 pun ok tetapi sbg PEREMPUAN TULEN mesti nak 2 bijik CINCIN)
  • nak beli dgn mak / bakal tunang korang (khas tuk lelaki)
  • cincin ade batu bata sesuai tuk lambang tunang
  • cincin belah rotan bg lambang risik

10. Pelamin :

Bergantung. Setengah orang mahukan mini pelamin, setengah orang hanya gunakan katil yg dihias cantik . Nak jimat DIY (Do it yourself)

11. Makeup

  • Makeup soft kalau bole @ kalau korang nak overdoss pon bole...
    • make up by butik/
    • make up by ur self

12. Jurugambar

Kalau mampu hire la photographer ke.. xpon pki hp sendiri dah memadai

13. Sediakan bajet jamuan makan lunch / ptg/ mlm

x yah la memahal sgt.. nak lebih rahmat, combine la sekali majlis arwah, aqiqah, besday, khatan.. opppssss!!

Katering atau pun masak sendiri
*kalau korang rajin n ramai kaum kerabat nak membantu, y not??? ececehhh

14. Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp

Biasanya orang tua yang berpengalaman
* ne tau pihak laki nak wakilkan jiran rapat mereka...

15. Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta – Cth

(L ) -7 orang, (P)- 10 orang

andai pihak lelaki bawak 1 bas.. gasak korang...

Perkara-perkara yang akan dibincang kedua keluarga pada hari pertunangan:
1. Tarikh nikah/ langsung kat mana?
2. Tarikh kenduri ?
3. Jumlah wang hantaran?
4. Jumlah wang mas kahwin ?
5. Jumlah barang hantaran semasa kahwin?

***** pening pulak aku bace sume ni.. dah x mcm check list pulak. okbai

Friday, March 8, 2013

hari jadi


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



selamat hari jadi... bla bla bla

acap kali nyanyian itu akan didendangkan pada setiap mereka yg menyambut hari lahir.. kemungkinan berlainan versi.. spt versi uganda, german, mahupun spain
*lebih manis jika doa yg dibaca

terusik hati bila baca blog seseorang tentang hari lahir..
*katanya, perlu wish ke?

hari jadi mengingatkan tentang kematian...
*dacing kiri dan kanan kite memberat ke arah mana? ce p timbang sat bahu tu (kalau leh la kan.. citt)

kawan² sekalian, umum ketahui yg hari jadiku pada esok hari..
*perasan sgt ni... hahaha

x wish xpe.. janji doakan kita beroleh berkat mak abah & Allah.. didunia mahupun akhirat

*** cau! nak lik KL ptg ni.. mak abah.. here i come...
*** baby cuk.... tunggu taw...

Wednesday, March 6, 2013

KALAU TAK SUKA, PULANGKAN...

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
aku nak p solat ni.. nak dekat kul 2 dah.. tapi nak share jugak kat korang.. bace k.. kasik insaf cket bg manusia yg x reti menghargai nih..
* tuk aku jgk.. selalu x sedar diri..
 
............----............
 

 Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! ...Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
“Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….
 
*** b4 airmata aku berderai, nak cabut p surau =(
*** aku doakan bakal lelakiku dan aku sebagai perempuannya bahagia til jannah.. ameen

pergi TAK KEMBALI

 
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
 
♪♫♪♪♪♫♪♫♪...
 
music lagu my girl berkumandang...
 
msg masuk from my adik...
 
"ayah byda meninggal ke? aku dgr pengumuman pagi td, orang blok 4, en alias yg dikenali ramai telah kembali ke rahmatullah... "
*berdebar² jantung aku!!!
 
aku yg tgh drive nak p keje x tgu dah, direct call byda.. tp dy x pick up..
*hati aku bertambah berdebar²nya bila dy x pick up..
 
pastu call nini pulak.. thx God, nini jwb.. aku tya dy..
 
aku : ayah byda meninggal ke??
 
nini : ko bia betol??? time aku ***** (perbuatan beliau cencor ya..) tadi aku dgr pengumuman tp x dgr siape yg meninggal tu.. xpe, t aku lalu dpn uma dy..
 
aku : ok, t roger aku. aku hrp bukan ayah dy..
 
nini : aku roger ko t..
 
 tut tut tut.. panggilan tamat disitu
 
** perbualan x same yg mcm aku taip tuk korang bace ni.. ms sms, aku x speaking pon, aku ckp melayu je.. **
 
 
 
.
 
 
.
 
 
.
 
 
. .tgh Q feri. .
 
call masuk...
 
~ suara nini lemah...
 
" ayah byda dah xde... "
 
Allah.. innalillah wailaihi roji'un
 
" sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali "
 
sedih saat ni, beb, aku jauh, x dpt nak mai teman ang, tp aku doakan ko, abg n mama ko cekal hadapi kehilangan arwah ayah ko.. kita yg hidup mesti teruskan perjuangan.. selalu doakan ayah tenang disane k..
 
i love u beb..
 
*** hargailah abah korang yg masih hidup...
 
AL-FATIHAH



 

Monday, March 4, 2013

. . I s t i k h a r a h . .

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 
hari ni terpanggil untuk update blog..
*tipu.. xd sape pon panggil
 
mari menaip.. waktu keje.. nak praktis jari.. nak menaip surat senang t..
*sebenarnya ramai masuk kusus, aku ade mase nak membongak
 
arituu....
*bukan arini, tapi aritu
 
Istikharah...
selalu x buat?
aku???
*tolong jangan tanya aku
 
*** perbualan x dapat dirakam  ***
 
erm... insaf bile someone to be tanya..
dah buat istikharah dah?
~ belum
*garu kepala.. jujur sangat la pulak
 
kita tak tahu siapa yg Allah gandingkan utk kita..
** garu kepala lagi.. betul kan.. kita ni cam confident jek dia tu utk kite sedangkan kita hanya merancang.. Penentunya Allah
 
mana tau sekali mimpi orang lain ke..
*tepuk dahi pulak!!! dan... tersedar dari lamunan
takut² kalau si dia bukan Allah pilih utk aku..
 
nak kena buat jugak istikharah.. nak bangun tgh pagi buta..
* selalu je tersedar.. pastu tarik selimut.. =(
ketuk kepala!
 

beristikharah lah kita kepada Allah
* senyum =)