this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Wednesday, April 27, 2011

make-up by me...


arini gedik.. nak make-up.. kak ifa jadi sasaran sebab beliau jarang make-up.. im stil new.. hehe

sebelum beliau di make-up

aku pun takot² jek nak make up muka orang ni.. takut x cantik.. tp ni la hasilnya...





yang kanan tu aku.. tetap unggul dan comel kan.. kehkehkeh...

Friday, April 15, 2011

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat


Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.



Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk


Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud


Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir


Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Wednesday, April 13, 2011

cincin, gelang & rantai



Cincin

Memakai cincin merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek:

“Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)



Gelang Tangan

Rasulullah S.A.W melihat pada pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,lalu baginda bertanya kepada lelaki tersebut: “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ini adalah gelang perubatan”. Lalu Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun untuk tujuan perubatan),maka buanglah benda itu dari diri anda, sekiranya anda mati dan benda itu masih berada di tangan anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.(hadith riwayat Iman Ahmad)

Namun begitu,terdapat dua pendapat ulama yang berbeza mengenai pemakaian gelang tersebut. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.
Pendapat satu lagi mengatakan bahawa menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

Persoalan lain, adakah pemakaian gelang yang diperbuat daripada tembaga untuk tujuan perubatan dibernakan tau termasuk dalam syirik kecil? Al-Ustaz Muhammad Sa’di(Penyelidik laman Islam-online) berkata: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Al-wahinah(larangan memakai gelang) di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Oleh itu,pemakaian gelang oleh lelaki bagi tujuan perhiasan supaya kelihatan ‘macho’ dan bergaya jelas hukumnya haram. Ini kerana, menurut Islam, gelang merupakan perhiasan untuk wanita sahaja.


Rantai

 Apabila ditanya “mengapakah memakai rantai?”, ramai menjawab: “rantai ini bukanlah dari emas atau perak”. Emas dan perak bukanlah persoalannya. Tetapi gelang merupakan salah satu perhiasan wanita menurut Islam. Haram hukumnya menyerupai wanita walaupun dari segi perhiasan ataupun baju. Paling menyedihkan bagi umat Islam ialah jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, janganlah sesekali kita memakai perhiasan-perhiasan wanita ataupun agama – agama lain kerana ianya amat ditegah di dalam Islam. Sekian… Wallahu a’lam

Monday, April 11, 2011

hipokrit


saya benci dy!!!
saye benci dy!!!
saye benci dy!!!
saye tak mahu dy lagi!!
saye tak mahu cintakan dy lagi!!
saye tak mahu sayangkan dy lagi!!
saye tak mahu rindukan dy lagi!!
saye tak mahu kasihkan dy lagi!!
saye tak nak tengok lagi muka dy!!
saya tak nak teringat ape² pun pasal dy lagi!!
saye tak nak ade kena mengena ngan dy lagi!!
saye tak nak dy jadi kawan saye di facebook!!
saye tak mahu ingat lagi kenangan kami!!
saye tak mahu ade sebarang ikatan antara kami!!

sebenarnya...
saye tak mahu di lukai lagi..
saye tak mahu di kecewakan lagi..
saye tak mahu mengharap lagi..
saye tak mahu terus terluka..
saye tak mahu di sakiti lagi..
saye tak mahu menangis lagi..
saye tak mahu termenung lagi..
saye tak mahu di tinggalkan lagi..


dan..
saye sememangnya suka dy
saye sememangnya cintakan dy..
saye sememangnya sayangkan dy..
saye sememangnya kasihkan dy..
saye sememangnya perlukan dy..
saye sememangnya mengharapkan dy..
saye sememangnya menunggu dy..

tapi, dy x kesah.. oleh itu...


'hatiku, awak skg, bukan milik sape² pun tau, awak milik saye sorang je, saye janji, pasni, sebelum saye berikan awak pada tuan lain, saye akan cube crk tuan yg terbaik utk awak.. saye tau awak sakit sgt wahai hati.. saye pun camtu.. kesal saye kerana jd camni..nape la dy jaat dan tergamak lukakan awak, kan hatiku?? nurul minta maaf.. maafkan nurul yer hatiku.. tapi, bukan skg saye nak cari tuan baru tuk kamu wahai hati, sebab saye tau awak masih sakit lg, luka awak dlm sgt kan.. walau lom ade Dr. yg check up awak, saye tahu tu.. nti prasaan saye n stamina awak dah stabil, baru la kite bukak jalan utk dorang erk... '

Monday, April 4, 2011

kisah ari sabtu


adakah aku gedik?? adakah?? haha.. ade aku kisah??

Arini, seawal 6.30 pagi aku dah bangun, mandi n solat, siap2 p keje.. eh, rini kan sabtu, keje ape plak??!!! Aih, aku ikot kakak aku p keje la.. hahaha.. gedik tol aku ni.. *mesti korang ckp, camni kan, "tau xpe!!!!". adoiiii.....  sambil tu aku tgh geram gn keypad notebook akak aku ni, ade je word yg aku taip, x kua, kang aku tekan kuat2 kang,kecik ati lak.. adoiiii..

Sampai aje office akak aku dlm kul 8 camtu, aku pun dok amek lap kat surau, sambung tido, tp tido2 ayam aje sebab xde bantal peluk la, gpun nak g atrium centre cpt sgt  pun, x leh jgk, da memang sume sedia maklum, kul 10 pagi baru open kot.. aku ade janji temu gn puan noraini @ puan n.. layan la tido, siap bwk charger hp lagi, x sempat charge fon kat umah la kononnye.. thee..

9.45 Puan N calling2 gtau yg beliau dah bertolak dari uma, aku pun bgn la cuci muke n touch up cam nak p dating gn pakwe a konon.. ahaks… pastu siap2, aku pulang kunci kete akak aku pas simpan barang2 lebihan yg x muat masuk beg baru aku ni, sempat la jugak aku bertego sapa cakap gn kawan akak aku.. gatai tol mamat tu pgil aku 'yunk'. hahaha.. *sbb dy da kawen, klu dy lom kawen, aku lex je.. hahahaha

Dalam 10 lebih aku sampai atrium centre, aku dok menepek kat meja mc’d tunggu puan aku.. mane puan ni.. aku takut kena ngorat gn bangla.. hahaha.. auw3, x rela tau u.. x lame pas tu, kemunculan beliau di depan mata tanpa ase sedikit terkejut pun cuz aku da nampak kelibat beliau kat cermin..ngeeee

Kitorang terus p beli tiket wayang, tengok cite cartoon la.. baru sesuai gn jiwa aku yg penuh kasih sayang ni.. theee…. Tengok cite HOP.. ader manyak rabbit comei tau.. tibe2 teringat kat lola, arnab fara yg da mati, tedey lak.. =(

 Puan wat keje gile.. tp bukan tatoo ori tau kawan².. =)
turun escalator pun leh posing.. =)

 posing... say cheeseeeee...
 b4 buat payment, muke kena epi.. haha
 kuhsyuk toi brader ni .. hahaha

dok pilih beg, cam beg raket je aku tengok.. hehe

erm3.. eku pendekkan story la uh.. pas layan wayang, p teman puan beli gitar baru.. yeyehh!!!! syok nye klu aku pun ade sebijik gitar..

sedap gile Puan aku makan.. ahaks.. *jgn mara Puan.. =)


ni aku punyer..

pastu layan lak meatballs + chicken wing.. ahhhaaaa..... time ni, depan aku ade sorang dak kecik ngan mama dy.. gile la.. dy leh nyanyi lagu black, padahal baru 3 thn.. aih.. budak² zaman skg .. adoiii... pening nak layan


 nenny mara.. dy kate aku make up cam antoo.. aku tedey..

aku make up pun cam harem jek.. wuwuwu

pastu aku ngantok sangat bila malamnye, lagi² sebab esok nye ade class make up.. hasilnya aku make up memang hancus lebusss.... opsss, blk dari IKEA, aku teman akak aku makan pizza hut.. siot je.. nasib aku kekenyangan.. aku x mam pizza pun.. layan air je.. sat²


mak oi.. ape ke teruk ngat muke aku.. hehe -_-!

Friday, April 1, 2011

Orang rindu MAK



pagi² jumaat camni.. aku pakai warne ijau.. bak kate zira kawan aku, setiap ari ade aura colour.. hehe.. aku baik ati rini, nak korang ingat kat mak.. kalau² korang terlupa mak korang masih ada.. meh kite hayati cite tersebut..



Orang rindu mak

Mak , tadi kat opis orang duduk sorang-sorang, teringat kat mak Orang ambik hp nak call mak Orang dail nombor rumah kita

Ada nada dering tapi tak ada orang angkat ,alahai orang lupa lak waktu macam nie mak mesti kat belakang rumah sibuk beri ayam itik makan kemudian orang teringat semula..........

Mak dah tak ada dah meninggal dunia mak dah tak ada .....Macam mana orang boleh lupa mak dah tak ada... Ya Allah rindunya orang kat mak..... orang pandang skrin laptop orang.. orang tengok gambar mak tengah senyum .. mak nak tau tak kat wallpaper laptop orang nie ada gambar orang dengan mak..

Mak tengah senyum masa tu.. lawanya mak orang nie..patut pun abah jatuh chinta kat mak.. kalah filem Cinta tu ... orang pernah tanya abah macam mana abah boleh jatuh cinta kat mak.. abah cakap senyuman mak buat abah terpesona.. mak mude2 dulu kalah Miss Universe lawa... alahai abah jiwangnya abah nie.. tapi tu lah kasih abah pada mak.. orang suka tengok abah pujuk mak kalau mak marah2.. marah kat orang lah..maklumlah orang nie masa kecik2 bukan reti nak duduk diam... mak orang rindu kat mak abah.. rindu sangat2...

Mak...

11 Mei lepas hari ibu.. orang ada beli brooch untuk mak... orang tau kalau mak tengok sure mak suka.. (perasan lah orang nie).. orang tak ada duit nak beli hadiah mahal2 untuk mak.. orang bawak balik rumah konon nak suprise kan mak.. orang buka bilik mak cari mak tapi mak tak ada orang cari keliling rumah tapi mak tak ada... last2 orang penat orang duduk .. masa tu baru orang ingat mak dah tak ada...

Orang ingat lagi kalau orang belikan mak brooch sure mak cakap bila mak nak pakai nie.. buat apalah belikan mak semua nie.. mak bukan lama lagi nak hidup...orang mesti menjawab .. alahai mak nie suka cakap macam tu lah habis nanti orang nak duduk dengan sapa kalau mak tak ada.. mak pakai ajelah nanti yang cantik mak orang gak.. mak mesti senyum lepas tu... dua tiga hari mesti mak pakai brooch tu..

Mak pasti senyum.. suka tgk senyum mak ...Mak selalu cakap senyuman mak tak cantik lagi sebab gigi mak banyak tak ada Orang balas.. napa mak tak nak buat gigi baru ...Mak cakap ' kang mak lawa sangat lak kang abah pun tak kenal' ....Akhirnya kita berdua gelak besar

Mak..

Ingat tak lagi masa mak sakit tiba-tiba mak pitam dulu ...Masa tu orang baru aje masuk semester akhir kat maktab....Orang takut sangat mak sebab orang tak nak hilang mak....Mak tau tak petang tu orang lari dari maktab....Masa tu orang ada perkhemahan ko kurikulum... Tak tau pasal apa orang rindu sangat kat mak....Orang pun cabutlah balik rupanya mak jatuh pitam .....Takut orang mak masa tu .....Orang ingat mak dah nak tinggalkan orang .......Alhamdulillah mak sihat semula

Masa abah sakit mak ingat tak siang hari mak jaga abah ...Malam tepat pukul 930 malam sure mak lelap tak sedar lagi dah Orang lak take turn jaga abah ....Tapi tak apa mak dulu masa kecik-kecik mak abah dah penat jaga orang

Masa nak antar abah gi hospital.... ..Orang kesian sangat kat mak .....Mak minta tolong yg lain masing-masing banyak alasan

Tak apalah mak.....Nanti orang posting dapat aje gaji pertama orang letak deposit beli kete ....Tak kira lah kete tu Kancil sekalipun ....Mak ingat tak dapat aje kete orang terus bawak mak abah gi jalan-jalan. ....Seronokkan mak

Mak abah ...Orang rindu amat kat mak abah ....Rasanya orang kalau boleh nak ikut sekali mak dan abah ...Tapi Allah cakap belum lagi tiba masa untuk orang

Mak.....Mak selalu cakap jaga diri kalau mak tak ada ...Buat keputusan dengan bijak.....Tapi mak.....Orang tak mampu mak....Orang tak kuat macam mak .....Orang tak sabar macam abah....Kadang- kadang orang heran gak macam mana...Mak boleh sabar....

Mak .. orang kesian kat mak terpaksa layan kerenah orang jaga orang masa orang sakit hari tu bila orang cakap 'mak sakit mak orang tak tahan bisa mak' ....Mak mesti datang picit orang walaupun jari mak kasar dan tak sekuat dulu tapi pada orang jari tu lah yang paling lembut sekali kadang-kadang orang rindu nak peluk mak orang peluk cium kain batik mak orang kucup gambar mak

Mak

Kalau orang boleh bayar untuk mak dan abah hidup semula orang buat mak...Orang tak kisah lah kalau kena buat loan dengan Bank Rakyat tapi orang tak boleh nak buat Allah dah cakap masa untuk mak dengan orang sampai takat nie aje

Mak

Masa mak jatuh 9 April lepas Orang ingat mak jatuh biasa aje Bila orang balik tgk mak dah lain macam aje Orang takut mak Takut sangat Orang called ambulance Orang nak mak dapat rawatan....Bukan orang tak sayang mak sebab antar mak gi hospital ....Tapi orang nak mak dirawat ...Orang nak mak sembuh ...Orang nak mak macam abah ...Sihat semula selepas terlantar hampir sebulan di wad

Tapi mak lain ..Mak tak sedar lagi lepas tu...Orang jaga mak hari Khamis tu ....Orang suka-suka hati aje ambik cuti ...Tak apalah mak kalau kena tolak gaji pun orang tak kisah ....Mak orang nie lah sorang bukan ada ganti pun .....Orang suka-suka hati called GPK 1 ....Orang cakap 'cikgu, saya nak cuti sampai Ahad nie.. kalau mak tak sihat saya sambung sampai Isnin'.... Masa orang duduk jaga mak macam-macam doctor yang datang.. ada doctor Ahmad, ada doctor Suzana .. ntah tak ingat lagi sapa...Doctor Ahmad cakap pesakit stroke macam mak otak mereka mengembang sebab tu mak asyik menguap dan tidur sebab tak dapat adjust lagi ...Doctor suruh orang bantu mak buat terapi.....Jom mak kita exercise ....Orang selalu bisik kat mak....Mak jomlah balik tak best lah kat sini....Mak senyum aje....Tapi tekanan darah mak turun naik ....Mak tak boleh nak keluar lagi mak....Napa mak?....Hari Jumaat orang tengok mak dah lain....Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak.....Orang tak makan sehari suntuk tu .....Orang qada solat Zuhor dan Asar sebab waktu tu tak ada sapa ganti orang...Orang tak sampai hati nak tinggalkan mak masa tu kadang-kadang orang rasa genggaman tangan mak kuat sangat genggam tangan orang ...Ya mak orang tau mak sayang orang Orang lagi sayang kat mak...Mak nie kan buah hati orang...Orang ingat lagi orang warning sorang pakcik tu...Masa tu abah tengah sakit kat wad...Pakcik tu suka hati aje mengurat mak...Orang cakap kat pakcik tu...'Pakcik jangan mengurat mak saya ya.. tu abah saya ada lagi tau' Pakcik tu senyum aje ....Brutal betul anak mak sorang nie ...Tapi mak masa abah nak keluar dari wad orang gi minta maaf kat dia mak

Mak

Masa hari ahad 13 April tu orang risau sangat mak..Suhu badan mak tinggi aje....Badan mak panas...Kejap- kejap orang basahkan kain letak kat kepala mak...Kejap- kejap orang lap mak ....Mak lak asyik menyemburkan air ...Nurse ingat orang beri air minum pada mak....Orang cakap tak pun ...Orang risau sangat mak ...Dahlah hari Jumaat Doc Suzana minta orang sabar ...Kalau apa-apa jadi pada mak orang kena redha ...Orang peluk mak erat-erat ...Orang cakap orang sayang mak ...Orang dodoikan mak ....Orang mengaji orang selawat orang buat semua .....Pastu orang peluk mak .....Badan mak panas ....Tapi orang tetap peluk mak .....Orang cakap kat mak ' Allahu Akbar mak' mak balas balik 'Allahu Akbar' ..Petang tu orang tak nak balik rumah .....Orang nak habiskan masa dengan mak ...Tapi akak-akak suruh balik ....Sebelum balik orang gi isi minyak kete penuh-penuh ...Orang keluarkan duit dari ATM siap-siap ....Orang tak mau nanti kalut ...Balik rumah orang suruh budak-budak tu kemas rumah ...Orang masak-masak sebab esok nak gi hospital jaga mak ..Lepas solat Isya orang baring ....Tiba-tiba akak called ...Akak cakap mak dah lain macam ....Orang terus terduduk ...Patutlah mak asyik cakap mak nie dah tak lama lagi ....Mak asyik beritahu kat orang duit mak simpan kat mana ....Mak cakap duit Tabung Haji tak ada penama lagi ...Mak cakap hutang piutang mak nanti orang kena tolong bayarkan ....Mak cakap kalau mak tak tengok rumah baru orang mak ghalat ....Rupa-rupanya masa mak nak pegi dah sampai ....Patutlah mak cakap mak nak pergi dalam pergi dalam keadaan belajar Al-Quran ....Rupa-rupanya mak dah nak pergi tinggalkan orang

Mak ...Orang cakap kat kakak suruh sapa-sapa ambik orang Kete orang angah pakai gi tengok mak ...Orang terus gi dapur Tak sedar empat mata tangga orang lompat ...Orang gi mandi Dah keluar dari bilik air orang masuk semula ...Orang mandi semula ....Pastu orang siap-siap ....Orang panggil Makcik Esah sebelah ....Orang cakap mak dah lain macam ....Hati orang dah berkata-kata dah mak ....Masa untuk kita berpisah dah sampai Orang gi rumah belakang ...Orang cakap sekali lagi ...Tapi kali nie orang dah tak dapat tahan lagi mak ...Orang meraung sekuat hati orang mak ...Orang tunggu Pak Yus cakap nak ambik tapi tak sampai-sampai ...Orang called dia tapi dia cakap nanti tak sempat ...Orang called akak tapi akak cakap tak sempat gak ...Orang called angah dan angah pun cakap tak sempat ...Kenapa tak sempat semuanya nie ....Mak Midah datang ambik orang mak ...Dalam kete Mak Midah peluk orang ....Tok Lan cakap mak dah tak ada ....Orang jerit kuat-kuat mak ....Lamanya mak nak sampai ke hospital mak ...Sampai ke parking orang lari ke wad mak ....Orang naik lif ....Sampai kat wad orang lari gi ke bilik mak ....Orang tengok mak dah terbujur kaku ...Mereka tutup mak ...Orang tak dapat tahan lagi mak ....Orang buka tutup mak tu ...Orang tengok muka mak manis amat ....Mak macam orang tidur aje ....Orang cium mak orang peluk mak ....Orang cakap kat mak

"Mak , abah dah tunggu mak kat sana ya.. mak tak sabar lagi nak jumpa abah ya mak.. pergilah mak jumpa abah .. sampai masa nanti kita akan jumpa gak"

Orang peluk mak lagi ....Orang bacakan surah Yassin untuk mak Tiba-tiba ada orang datang nak ambik mak ...Nak tolak mak gi bilik mayat ...Orang ikut dari belakang ...Orang dah tak kisah lagi dah dgn muka orang ...Orang jumpa pesakit lain ...Orang cakap mak dah tak ada ....Orang jumpa pakcik yang selalu lepak dengan orang ....Orang cakap pakcik mak saya dah tak ada ...Pakcik tu cakap tak apa sabarlah nak

Mak

Malam tu orang jadi anak yatim piatu mak ...Orang balik rumah ...Orang tengok tempat yang mereka nak letakkan mak ...Tilam tu orang baru beli Sabtu lepas mak ...Orang beli dengan bantal lagi ....Orang nak mak selesa bila orang dah boleh bawak mak balik nanti ...Mereka bentangkan cadar buruk bantal keras ....Orang marah ....Orang cakap kalau tak tau jangan buat ....Mak tak suka cadar nie ....Orang ambik cadar yang orang belikan mak ....Orang ambik bantal yang mak paling suka ....Orang bentangkan ganti yang baru ...Mak dah sampai akak cakap ...Orang tengok mak ...Ada darah kat hidung dan mulut mak ....Agaknya darah sebab nak keluarkan tiub agaknya ...Orang bersihkan darah mak ....Ramai yang tolong orang ....Orang ambik air panas ....Orang campurkan air Hai-O Mak ingatkan orang belikan mak penapis air Hai-o ....Orang nak mak minum air yang bersih .....Tak apalah dulu mak tak mampu nak belikan orang ....Sekarang orang belikan mak ....Tapi orang tak ralat mak ....Sebab mak dapat minum air bersih ...Malam-malam orang rendamkan kaki mak dengan air tu ....Mak cakap kembung lah mak minum air nie ....Orang gelak aje ....Orang cakap tak apalah mak ....Orang nak mak sihat aje ...Kita nak gi shopping ke Kelantan nie mak

Mak ....14 April tarikh memisahkan kita mak ....Mak dulu mandikan kami .....Tapi sekarang kami mandikan mak ....Orang tengok mak .....Orang usap kepala mak ....Tadi orang tolong mereka kafankan mak ....Orang nak tengok mak ...Saat-saat perpisahan kita dah hampir tiba mak ...Orang peluk mak orang cium mak....Orang ikut mak sampai tanah perkuburan ...Mak dimasukkan ke liang lahad....Saat perpisahan kita dah tiba mak Mak bersemadilah di sana ya mak.....Sampai masa orang akan ikut mak

Mak

Selalu bila orang nak gi exam.....Orang peluk mak ...Orang cakap mak doakan orang ya mak....Mak mesti jawab mak doakan semua anak mak.....Tapi hari Rabu 16 April tu lain mak Orang tak dapat peluk mak.....Orang pun tak tau apa yg orang jawab mak ....Orang dah baca tapi orang tak boleh nak tulis Esoknya 17 April orang ada paper lagi....Kali nie orang bayangkan mak ada kat sebelah orang ...Orang jawab better dari semalam mak

Mak

Nie ada lagi 3 semester orang nak dapat degree mak....Orang tak tau macam mana nak lalui semua nie mak ....Orang nak ambik semangat mak yang sentiasa kuat tabah...Tapi orang tak mampu mak

Mak

Orang rindu kat mak ....Orang rindu amat sangat mak ...Mak ...Datanglah mak peluk orang .....Orang rindukan mak...Mak ....Nantilah orang sambung lagi ....Orang dah menangis dah nie mak ....Orang kat depan budak nie mak ....Orang dalam kelas ....Budak-budak ada exam hari nie mak

Mak

ORANG RINDU MAK

* aku menangis baca cerita ni.. sedey sgt².. urm =(
* x saba nak lik cheras ptg ni..
* jumpa mak kat umah...

kawan baru

 kawan biar beribu²

hehehe.. orang kata, BERKAWAN biar beribu, BERKASIH biar satu.. kwn aku pun xde la byk beribu² lemon.. tp smlm,  bertambah lagi sorang kawan dlm list fon aku.. name beliau, ahmad bin muhammad (bukan nama sebenar...), tettttttt.. hehehehe.... bak kate kema (rumet aku), klu nak kawan, x yah pk lame².. yer la kan.. klu dy nak wt benda x baik kat aku pun, bukan pena jumpe.. tp aku yakin dy baik tanpa sebab yg pasti.. theeee

pasal BERKASIH pulak (lari tajuk plak.. hohoho), lambat ag pun xpe, tp harap², yg lambat tu, lebih lama kebahagiaan nyer.. erm sal ahmad bin muhammad ni, cambest jek.. setiap soalan dy, aku jawab, setiap jawapan aku pulak, dy rungkai n kata, jawapan aku, ade kena mengena gn hidup aku.. btol la tu.. hikhik.. tp ade yg kena, ade x kena.. tp mmg interesting la.. cthnya, dy tanya aku suka haiwan ape.. aku jwb kucing.. *dlm ati, x pena pulak ade orang tya aku suka haiwan ape... hahahaha... ase nak jwb penyu aje.. hahaha.. (lawak semata²..)

 baru aku sedar, lagi ramai aku kawan, lg banyak pengalaman, cerita n lawak aku dapat.. aku bukan sombong.. cume kdg², bile aku x reply msg org ke, depa dok kate aku ni tu la, ni la.. haihh.. padahal aku xde cdt.. mak ckp, jgn membazir.. aku pun guna la seadanya cdt² yg ade tuh...

aku harap, gn sape pun aku berkawan, berteman & bersahabat, hubungan tu dirahmati Allah serta penuh dengan jalur keikhlasan dan kejujuran.. x amek kesempatan or what.. huhuhu..