this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Wednesday, April 13, 2011

cincin, gelang & rantai



Cincin

Memakai cincin merupakan salah satu dari sunnah Rasulullah S.A.W. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek:

“Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)



Gelang Tangan

Rasulullah S.A.W melihat pada pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga,lalu baginda bertanya kepada lelaki tersebut: “Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ini adalah gelang perubatan”. Lalu Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya benda itu tidak memberi apa-apa(faedah walaupun untuk tujuan perubatan),maka buanglah benda itu dari diri anda, sekiranya anda mati dan benda itu masih berada di tangan anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya.(hadith riwayat Iman Ahmad)

Namun begitu,terdapat dua pendapat ulama yang berbeza mengenai pemakaian gelang tersebut. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.
Pendapat satu lagi mengatakan bahawa menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk.

Persoalan lain, adakah pemakaian gelang yang diperbuat daripada tembaga untuk tujuan perubatan dibernakan tau termasuk dalam syirik kecil? Al-Ustaz Muhammad Sa’di(Penyelidik laman Islam-online) berkata: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

Al-wahinah(larangan memakai gelang) di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain. (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali Ke-19, 6 Oktober 1987 )

Oleh itu,pemakaian gelang oleh lelaki bagi tujuan perhiasan supaya kelihatan ‘macho’ dan bergaya jelas hukumnya haram. Ini kerana, menurut Islam, gelang merupakan perhiasan untuk wanita sahaja.


Rantai

 Apabila ditanya “mengapakah memakai rantai?”, ramai menjawab: “rantai ini bukanlah dari emas atau perak”. Emas dan perak bukanlah persoalannya. Tetapi gelang merupakan salah satu perhiasan wanita menurut Islam. Haram hukumnya menyerupai wanita walaupun dari segi perhiasan ataupun baju. Paling menyedihkan bagi umat Islam ialah jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis:

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, janganlah sesekali kita memakai perhiasan-perhiasan wanita ataupun agama – agama lain kerana ianya amat ditegah di dalam Islam. Sekian… Wallahu a’lam

0 comments: