this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Thursday, August 16, 2012

ho ho ho balik kampong!

assalamualaikum..



sari berita penting.. aku nak lik kg da pasni.. siap amek time off lagik.. yeay! erm.. pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan dah nak berlalu pergi dah.. sedihnya.. aku ni walau xd la mkn sgt time sahur, aku tetap bangun n akan minum walau 4 teguk air.. keh keh keh.. byk tol aku minum..

sempena ari baik bulan baik.. aku mohon maaf la ek kat engkorang sume.. arap2 korang sudi maapkan aku.. aku bukan minta wet raya pon.. mtk kemaafan pun.. tetapi ianya amat bermakna wat aku!

erm.. aku dgr, Butterworth da start jammed taw.. seriau lak aku.. jgn lewat sgt sampai dah la.. jenuh weh.. ni pon nak tapau nasik ayam siap2 la kat foodcourt yg dekat gn terminal tuh..

pada yg drive..

sila la hati2 yer time memandu.. klu ade kelindan yg dok sebelah, gunakan mereka sebaiknya.. rotate2 k.. klu kelindan tu leh bawak bersembang jek tp x leh memandu, pakat2 p tdoq kat R&R secara berjemaah ok.. x larik der umah kat kg tuh..

erm.. ape lg aku nak ckp eh.. minta halal makan minum yer kalau ade terlebih kurang, tercakap depan belakang.. kat kiri mahupun tang kanan.. aku doakan  Ramadhan akan datang masih ada utk kita.. amin..

utk mak abah..

akak tengok iklan bernas, terkesan sgt kat hati ni.. otomatik teringat kat mak ngan abah.. rindu nye.. x saba akak nak lik.. jeruk yg abah kirim pun ade ni.. hehe...

utk muhd nazri yg ku cintai selalu..

ayg sayang abg.. ayg mtk maaf taw sebab salu nakal2, x dgr cakap, degil ckt.. tapi ayg sayang abg sgt2 taw..

Tuesday, August 7, 2012

org upaya V.S org cacat

assalamualaikum..

cam bese, aku nak cite sal semalam.. sal arini, esok la kot baru aku update.. hihi

semalam, aku buke pose dlm bus.. (kl-butterworth)

al-kisah, mase bus tu benti kat Smpg Pulai, jam 5.30, bus tu isi minyak.. aku p la toilet lepas hajat kecik sat.. otw kua, brader bus tu tanya, x makan ke?? aku jawab la aku pose.. hahaha.. lepas tu dy sambung lg, x sempat sampai til buka posa.. ***rupenye dy tya, x beli makanan ke? hahaha.. adoi.. aku ckp la, mesti sempat punye.. dr cn p butterworth, x sampai 2 jam kot.. tp aku xmo la gado gn driver, aku pon masuk petronas n beli air milo kotak + roti coklat andai benar2 terjadi aku berbuka dlm bus..

dalam 5 mnt ag nak sampai jeti aka stesen bus, azan kat hp aku berkumandang tanda dah masuknya waktu berbuka... syukur aku beli air n roti.. sebab kurma yg abah bekalkan ade dalam bag kat atas.. maleh nak amek.. hihi..

k, cani.. dr jeti lik uma aku, jalan kaki x sampai 15 mnt.. ikutkan ati, mmg nak jln kaki jek.. tp aku xmo la penatkan kaki ni.. lg2 plak perut pun aku alas gn roti jek.. aku naik la bus rapid.. sementara tunggu pintu bus tu buka, sebab bus tu hampir jalan ekceli.. ade lelaki cina ni, umurnya sekitar 40an jalan sambil terhincut² dan bertongkat, menghampiri bus.. lalu aku memberi laluan kepada beliau..

masa dah bayar n nak amek tempat utk berdiri, aku xmo duduk sebab x sampai 5 mnt pun akan sampai.. lelaki yg sempurna tubuh badan dihadapan aku menyuruh encik yg cacat itu utk duduk di belakang, dimana beliau perlu menaiki 2 anak tangga.. kurang ajar punya org! n aku sound dy, aku ckp, "encik, bg la ENCIK (org kurang upaya) tu duduk!" n dy siap ckp gn aku, "bia dy dok belakang". pergh!!! gila kurang ajar. ko tu sempurna, tempat yg ko duduk tu tempat org kurang upaya!!!

berulang kali aku menggeleng kepala n terasa nak menitis air mata aku ni.. tergamak btol la manusia ni, xd ati perut!!! x suke!!! bak kata sayang aku, berdoa.. biar Allah sedarkan dy.. thx my boo..

Wednesday, August 1, 2012

M.A.T.I


MATI.. SEMUA ORANG TAKUT MATI. ADE SESAPA X YG X TAKUT MATI? AKU RASA ADA, IAITU ORANG² YG BERIMAN.. MEREKA YG MELEBIHKAN UKHRAWI DARIPADA DUNIAWI.. wallahua'lam (pendapat aku la... )

assalamualaikum..

yg hidup akan mati.. di situ, akan terjadinya perpisahan buat selama²nya antara yg mati dgn yg hidup.. mati.. aku takut mati.. sebab kalau kata x takut, nampak beno nipunye.. tp x bermakna aku ni org yg x beriman.. aishh.. semua org taw kan cane asenye..

malam tadi.. jgn ckp aku x senonoh pulak eh.. sekadar nak berkongsi

selesai buang air besar kan, aku tetiba teringat tentang kursus jenazah yg aku join 2 minggu lepas.. ustazah tu xde la tunjuk cara mandi betol2 sebab xd sape yg  rela.. ustazah tu tunjuk cara olok2 je la.. mandikan 3x di setiap bahagian.. dan, kita kena keluarkan najis jenazah.. ianya dipanggil 'meruam' sebelum diangkat hadas bg jenazah tersebut.. aku duduk kat sebelah jenazah palsu, kak na nama dy.. (time tu sebenarnya aku nak nangis.. aku takut.. terbayang wajah mak abah yg ada kat KL..)

aku terus ase insaf bercampur takut.. aku terpikir, kalau la aku sakit perut n aku tahan proses pembuangan ni, dan nak dijadikan cerita yg nyawa aku ditarik, mcm mana la agaknya proses meruam aku nanti.. sedey sgt, xmo mati skang asenye.. b4 kua toilet, aku amek wudhuk, terasa nak lakukan solat sunat ****** (x yah la mention solat ape kan, nanti jadik lain kalau disalah ertikan..)

aku masuk bilik, terus google, "TANDA² AKHIR KEMATIAN"

lepas baca tanda²nya, aku mendirikan solat dan berdoa, kemudian aku baring. lampu pun x tutup. time tu rasa takut kalau² izrail datang pada aku. rasa kerdil sgt.. tatau nak luah pada sapa.. kalau call mak abah, nanti dorang risaukan aku lak.. (sedangkan aku minta maaf masa otw lik KL - BUTTERWORTH pun, akak aku ckp, mak ak nangis² pegang periuk sebab aku x pena pun dok mtk maaf.. ***terasa teruk lak kan.. ye la, salu mtk maaf time raya..) aku x berani nak tido pun.. aku pegang hp, bukak msg, reply msg si dia.. mcm² pesanan dy inset dlm msg terakhir b4 dy tido.. thx amek berat sal diri saya eh.. thx!!! =)

hampir 2 am, bila hati da relax, baru aku off lampu.. letak kepala kat bantal dan mengiring ke kanan, aku muhasabah diri.. apa yg telah aku lakukan hari ni, semalam, kelmarin, 2 3 hari lepas.. hati jadi sayu.. sambil nak lelapkan mata, aku baca apa yg patut..

sini, aku nak share.. (kopi pes dr blog seseorang.. tq ya.. perkongsian sesama kita)

Tanda-Tanda Akhir Kematian &

Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh
tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. (betul kan? jgn byk makan ok..)

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. (sayunya.. )
Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar


Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila


Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1
Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.
Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.
Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri
Wallahuallam...