this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Wednesday, August 1, 2012

M.A.T.I


MATI.. SEMUA ORANG TAKUT MATI. ADE SESAPA X YG X TAKUT MATI? AKU RASA ADA, IAITU ORANG² YG BERIMAN.. MEREKA YG MELEBIHKAN UKHRAWI DARIPADA DUNIAWI.. wallahua'lam (pendapat aku la... )

assalamualaikum..

yg hidup akan mati.. di situ, akan terjadinya perpisahan buat selama²nya antara yg mati dgn yg hidup.. mati.. aku takut mati.. sebab kalau kata x takut, nampak beno nipunye.. tp x bermakna aku ni org yg x beriman.. aishh.. semua org taw kan cane asenye..

malam tadi.. jgn ckp aku x senonoh pulak eh.. sekadar nak berkongsi

selesai buang air besar kan, aku tetiba teringat tentang kursus jenazah yg aku join 2 minggu lepas.. ustazah tu xde la tunjuk cara mandi betol2 sebab xd sape yg  rela.. ustazah tu tunjuk cara olok2 je la.. mandikan 3x di setiap bahagian.. dan, kita kena keluarkan najis jenazah.. ianya dipanggil 'meruam' sebelum diangkat hadas bg jenazah tersebut.. aku duduk kat sebelah jenazah palsu, kak na nama dy.. (time tu sebenarnya aku nak nangis.. aku takut.. terbayang wajah mak abah yg ada kat KL..)

aku terus ase insaf bercampur takut.. aku terpikir, kalau la aku sakit perut n aku tahan proses pembuangan ni, dan nak dijadikan cerita yg nyawa aku ditarik, mcm mana la agaknya proses meruam aku nanti.. sedey sgt, xmo mati skang asenye.. b4 kua toilet, aku amek wudhuk, terasa nak lakukan solat sunat ****** (x yah la mention solat ape kan, nanti jadik lain kalau disalah ertikan..)

aku masuk bilik, terus google, "TANDA² AKHIR KEMATIAN"

lepas baca tanda²nya, aku mendirikan solat dan berdoa, kemudian aku baring. lampu pun x tutup. time tu rasa takut kalau² izrail datang pada aku. rasa kerdil sgt.. tatau nak luah pada sapa.. kalau call mak abah, nanti dorang risaukan aku lak.. (sedangkan aku minta maaf masa otw lik KL - BUTTERWORTH pun, akak aku ckp, mak ak nangis² pegang periuk sebab aku x pena pun dok mtk maaf.. ***terasa teruk lak kan.. ye la, salu mtk maaf time raya..) aku x berani nak tido pun.. aku pegang hp, bukak msg, reply msg si dia.. mcm² pesanan dy inset dlm msg terakhir b4 dy tido.. thx amek berat sal diri saya eh.. thx!!! =)

hampir 2 am, bila hati da relax, baru aku off lampu.. letak kepala kat bantal dan mengiring ke kanan, aku muhasabah diri.. apa yg telah aku lakukan hari ni, semalam, kelmarin, 2 3 hari lepas.. hati jadi sayu.. sambil nak lelapkan mata, aku baca apa yg patut..

sini, aku nak share.. (kopi pes dr blog seseorang.. tq ya.. perkongsian sesama kita)

Tanda-Tanda Akhir Kematian &

Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."
100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh
tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. (betul kan? jgn byk makan ok..)

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. (sayunya.. )
Waktu Asar?
Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar


Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila


Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1
Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.
Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.
Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri
Wallahuallam...

0 comments: