this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Tuesday, November 9, 2010

what say u??!!!

Yang patut anda ketahui tentang lelaki ialah, kebanyakan mereka berfikir tentang `hubungan untuk berhubungan' apabila berdepan dengan anda. Faham maksud saya? Jika anda seorang wanita yang cantik, seksi serta dihiasi pula dengan ciri-ciri yang menghairahkan, fikiran yang terlintas pada seorang lelaki ialah `untuk mendapatkan anda'. Maaf, saya masih menggunakan bahasa yang tersurat. Tidak tergamak saya menggunakan perkataan yang lebih jelas dan terang kepada maksud. Harap anda faham apa yang saya maksudkan.

Apakah hujah yang boleh dijadikan asas pada senario pertama ini? Dari sudut agama, seorang wanita diwajibkan menutup aurat dengan sempurna. Mengapa? Tidak lain, aurat yang terdedah sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagian adalah rangsangan pada keghairahan ini. Tidakkah anda perasan bahayanya, dan tidakkah logik jika hukum menutup aurat ini termaktub dalam agama?

Berbeza dengan wanita, mereka lebih mengagumi seorang lelaki untuk mendapatkan kasih sayang, perhatian dan cinta secara lebih tulus, sempurna. Oleh itu mereka lebih tertarik pada butir bicara, hati budi serta peribadi mulia seorang lelaki berbanding sasa tubuhnya saja.

Lelaki berasa lebih macho jika dia memiliki ramai teman wanita. Dia akan berlebih-lebih rasa machonya jika kesemua teman wanitanya itu terdiri daripada wanita-wanita yang cantik. Ciri-ciri lain seperti seksi, kaya, popular, ternama, mahupun dara tidak menjadi soal sangat, yang penting cantik pada pandangan semua.
Inilah rahsia yang perlu anda tahu. Usah jadi mangsa lelaki yang begini, sebab mereka tidak pernah jujur dalam bercinta. Mereka hanya bangga jika menjadi orang pertama dapat `menyuntik' anda. Selepas itu dia akan meninggalkan anda dan mencari wanita lain sebagai ganti. Setiap wanita cantik adalah `ikan' baginya dan dia akan terus menerus memancing dengan menggunakan pelbagai jenis umpan.

Jadi awas! Jangan berebut lelaki yang diminati ramai wanita, sebab lelaki seperti ini selalunya tidak jujur. Memang anda ada class mendapatkannya, tetapi ingat lelaki cemerlang tidak akan menghabiskan masanya bercinta dengan ramai wanita. Dia mungkin ada seseorang di kampung, itulah calon isterinya, sedangkan anda hanyalah `spare tyre', penghibur sewaktu terdesak.

Lelaki perokok kurang sperma. Ha, ini bukan saya kata tapi berita bersumberkan Agensi dari London. Tahukah anda lebih dua setengah juta lelaki di Britain menghadapi risiko tinggi kurang subur akibat tabiat rokok, arak dan makan berlebihan.

Menurut akhbar Daily Mail, bilangan lelaki yang dirawat kerana masalah kesuburan, sesuatu yang sebelum ini dianggap sebagai masalah wanita semakin meningkat. Di kalangan pasangan yang mempunyai masalah kesuburan, 40 peratus kes disebabkan lelaki. Pakar juga mendapati kualiti dan kuantiti sperma lelaki menurun dan menjangkakan dalam masa sedekad lagi, satu dalam setiap tiga pasangan akan memerlukan rawatan kesuburan.

Tinjauan oleh doktor mendapati 9 peratus lelaki Britain iaitu 2.5 juta berdepan masalah bilangan sperma rendah berpunca dari rokok, arak dan makan berlebihan.

Jadi, tidakkah anda rasa perlu menjauhkan diri dari lelaki perokok?

 Jika anda mahu disayangi sepenuh hati oleh lelaki yang anda sayangi jangan bongkar rahsia diri anda sendiri. Usah beritahu dia ada ramai lelaki meminati anda. Dia boleh bertindak meninggalkan anda ataupun cari masalah dengan lelaki-lelaki berkenaan. Dia boleh anggap anda "buaya" atau "pisau cukur". Tidak mustahil juga dia berasa jauh hati dan merasakan dirinya tiada peluang. (jas wanna be honest..huhuhu)

Lebihkan berbicara tentang masa hadapan dan dia sebagai satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati anda. Usah banding-bandingkan dia dengan lelaki yang pernah anda kenali. Itu mengundang musibah. (okies…)

 Sejahat-jahat lelaki selalunya tetap patuh dan taat pada ibunya. Jdi, jangan gatal-gatal cakap itu ini, begitu begini tentang ibunya. Cakap yang baik-baik tak apa walaupun tak betul. Lelaki mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah lemah apabila disebut tentang pengorbanan ibunya, tetapi mudah marah apabila ibunya dihina walaupun memang benar ibunya jahat. (ppuan pn same la)

Kenapa suka sangat cerita sejarah silam anda? Tak perlu. Simpan semua sejarah silam untuk diri anda sendiri. Dia tidak ingin tahu semua itu. Setelah anda bertaubat anggap diri anda bersih. Dia juga akan menganggap begitu terhadap anda. Hanya bercerita tentang rahsia anda apabila anda rasakan ia boleh mengintimkan hubungan. Membocorkan rahsia diri bukanlah caranya untuk hubungan yang aman harmoni. (dia yg suker tnyer!)

Jika dia telah pun bergelar suami, usah sentuh soal kejantanannya yang mungkin telah menurun selari dengan bertambahnya usia. Dia memang tak suka dengar, tak suka bincang dan tak suka berubat. Apa yang anda boleh lakukan ialah carikan penawar dan campurkan dengan minuman atau makanan kegemarannya secara rahsia. Jangan sekali-kali perlekeh dan perkecilkannya. Dia boleh mengamuk gila. (Relax r bro..)

 Dia tak suka sama sekali jika dipersalahkan, meskipun jelas dia bersalah. Misalnya anda balik kampung dan dia memandu, tiba-tiba dia mengambil jalan lain untuk short-cut, tiba-tiba tersesat dan sampai ke rumah lewat beberapa jam dari selalu. Lalu anda asyik menyalahkannya dan menceritakan hal itu kepada mentua anda, ibunya. Anda sengaja mencari nahas dengan berbuat begitu. (Huhhh!)

 Sokong dia atas semua masalah yang dihadapinya, terutama dengan bos, dengan kawan-kawan, bahkan minat dia pun anda perlu sokong. Jangan tatkala dia mengeluh atau mengadu tentang bos atau teman sekerja, anda tokok tambah lagi serta menyalah-nyalahkann ya, ini sangat menyakitkan hatinya. Anda tahu apa yang akan dilakukan selepas itu? Selepas itu dia tidak akan bicara lagi dengan anda. Dia akan mencari orang lain untuk bercakap. Jika kebetulan orang itu adalah wanita, akhirnya ada kemungkinan anda dipertandingkan dan dibanding-bandingka n. Bersiap sedialah untuk diduakan, gunakan bahasa paling halus tanpa mengusik sama sekali egonya. (ini..Tak Adilll!)

 Jangan puji lelaki lain di hadapannya. Jika tertarik pun diam saja dan simpan dalam hati. Walaupun lelaki itu seorang artis milik masyarakat, memuji-mujinya secara berlebihan akan mengundang rasa tidak senang. Silap-silap dia akan cap anda "gatal". (Aiyokkkk!..tolong garu..)

 Lelaki penuh dengan keegoaan, Meskipun dia berpendidikan rendah daripada anda, usah perkecilkannya. Minta pendapatnya selalu apabila nak buat keputusan. Berikan dia kuasa memimpin. Jangan fikir mentang-mentang anda berpendidikan tinggi dan berpendapatan lebih daripadanya, anda berhak bersuara menentukan satu-satu keputusan. Lelaki tetap pemimpin dan hak membuat keputusan terletak di tangannya. Anda boleh memberi cadangan, jangan asyik bangkang jer.. (baekk boss)

0 comments: