this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Friday, July 15, 2011

dear future husband...


Aku tak tahu dari mana asal usul kau dan bagaimana aku akan bertemu kau. Tapi aku sediakan warkah buat kau kerna aku sering terfikirkan kau. Aku cuma ingin kau tahu.................


Bukan harta yang aku cari, bukan pangkat yang aku kejar (memang la duit tu perlu, tp ia x dapat beli hati saya..). Aku cuma ingin mencari seseorang yang mampu membimbing aku dan mampu mengajar aku (nak ajar bahasa Jerman pun leh.. tp klu saya lambat pick up, awak kena sabar tau... hikhikhik). Aku cuma insan lemah dan aku punya banyak kekurangan. Aku ingin kau tahu, yang aku tak kisah kalau kau tak sekaya Bill Gates atau Donald Trumph (tapi kalau awak kaya cam depa, nak wat camna kan... saya tetap sayang awak jugak la.. *ok, joke jek part ni tau!!!). Cukup sekadar kalau kau mampu memiliki sebuah kereta untuk kesenangan bersama. Aku juga ingin kau tahu, aku tak kisah kalau kau bukan bos di syarikat-syarikat besar. Cukup sekadar kau mempunyai kerja halal yang mampu bagi kesenangan kepada kita (kelak makanan dari hasil gaji awak tu, akan jadi darah daging kita anak-beranak kan..).

Aku juga tak kisah andai kau tak miliki sebuah banglo mewah. Cukup sekadar rumah yang memberi keselesaan kepada kita dan mungkin 5 anak-anak kita (awak jgn ckp angka tu ckt, byk tau 5 org tu.. hihi...). Aku juga ingin kau tahu yang aku bukan seperti chef di kaca tv (saya ni x la pandai sgt masak.. tp stakat nasi goreng tu, mmg kacang sgt la bg saya.. ngeeeeee). Aku belum pandai menyediakan pelbagai jenis masakan untuk kau. Aku sedang dalam proses pembelajaran. Sesungguhnya aku tidak sesempurna insan lain. Aku tak secantik wanita lain di luar (cantik ala kadar je saya ni awak oi...). Aku tak sebijak mereka dan aku tak pandai bergaya. Aku cuma ingin kau mampu menerima aku seadanya  (boleh x ni terima saya seikhlas2 hati???).

Aku harap, kau seorang yang rajin membantu aku di rumah. Jangan harapkan aku sendirian kerna aku juga sibuk bekerja. Cukup sekadar kau tolong kemas rumah atau basuh kain baju (kalau x reti, tlg praktik k.. jgn pk nak anta baju kat kedai dobi lak, ape lak kata mak awak.. belum lg mak saya bebel lak t.. hahaha). Aku tak nak, kau persoalkan segala kekurangan aku sesudah kita diijabkabul. Aku terima kau seadanya dan kau kena terima aku seadanya (saya x kan ubah awak demi kepuasan saya, sebab saya tau, awak da cuba jadi yg terbaik sgt2 kan..). Aku nak kau sentiasa disisi aku bila aku perlukan teman dan bila aku dalam kesedihan (ni ha nak pesan, saya ni seorang yg emo ckt.. sensitip lak tu jiwa raga..).

Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana (tapi klu awak nak bagi saya berlian, xkan saya nak tolak, bini awak jugak yg pakai berlian tu.. bukan jiran sebelah..). Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat (cukup sekadar sedap mata memandang, tp t awak da jadi milik saya, jgn jemu lak gn muke saya tau!!!). Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu pada kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Seandainya kau memang tercipta untukku, bimbinglah aku, didiklah aku. Andai aku terkasar bahasa atau terlanjur kata, tegurlah aku dengan berhikmah (jgn la rotan2 saya).
Ya Allah seandainya telah Kau catatkan dia milikku, tercipta untukku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu kekal abadi..

Sekian saja.....

Ikhlas dari,
Tulang rusuk kirimu

*psst : xcitednye tgu awak dtg, lamar saya.. pinang saya kat mak abah saya.. kenal adik bradik saya.. anak buah saya yg cumil2, hihi.. then kite kawen.. eh, akad nikah dulu.. nak baju warne pink leh x time nikah t??? hihihi.. =)

0 comments: