this is millow empire's



ASsalamuaLAikum... TErIMa KAsih kerana SuDI sTalk blog aKu yg hAngat² tahi raMa² tiut iNi... Aku taKdE dIARI sEBaB semEmangnYA Aku mALAS nAK mENUliS... Sooo, bLOg NI laH pENGgaNTINYA.. *macAm LA Aku nI RaJiN NAk MenAIp kan...

Tuesday, July 23, 2013

4 AIR ISTIMEWA YANG SIHAT & BAGUS UNTUK BULAN PUASA!






Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.


## curi masa nak share cerita gn uloss.. sweet x i??? ngeeeeee

rini nak masak spaghetti carbonara plak.. semalam dah layan oliooo... x sabonye........... @_@

Tuesday, July 16, 2013

SURAT DARI SEORANG IBU, UNTUK MENANTU LELAKINYA



* gambar mmg xde kena mengena gn ini story


Wahai menantuku,

Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri

Dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku.

Bila engkau membaca pesan ini

Semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.

Wahai menantuku,

Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk puteriku.

Bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke syurga.

Wahai menantuku,

Bila ada KELEMAHAN dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga karana kekurangan darinya,

Bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.

Wahai menantuku,

diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dini hari.

Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman.

Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.

Wahai menantuku,

Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku,

Bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.

Bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu

Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan.

Wahai menantuku,

Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya,

Maka selamatkanlah istrimu dari dosa yang lebih besar.

Bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan surga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta.

Wahai menantuku,

Engkau di izinkan menghukum isterimu sewajarnya

Namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka.

Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan

Seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu.,,

Wednesday, June 19, 2013

4 golongan yg masuk syurga tanpa dihisab & diseksa

 
Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu `Abbas radhiaAllahu `anhuma, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam ada menyebut bahawa Baginda sallAllahu `alaihi wasallam diberitahu ada 70,000 orang di kalangan ummatnya yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa terlebih dahulu.
Siapakah mereka yang beruntung yang termasuk di dalam 70,000 orang itu?  Mereka ialah:
  1. Orang-orang yang tidak menjampi,
  2. Orang-orang yang tidak pernah minta dijampi,
  3. Orang-orang yang tidak meramal,
  4. Orang-orang yang hanya bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.
Hadithnya seperti berikut:
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Telah diperlihatkan kepadaku ummat-ummat terdahulu, maka saya melihat ada seorang nabi yang disertai dengan rombongan kecil, ada seorang nabi yang disertai dengan satu dua orang sahaja, bahkan ada seorang nabi yang tidak mempunyai pengikut seorang pun.  Kemudian terlihat olehku satu rombongan besar yang kusangka mereka adalah ummatku, namun dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah Musa dan kaumnya, tetapi lihatlah ke ufuk sana.”  Kemudian kulihat ke ufuk itu dan tiba-tiba kulihat rombongan yang besar, lantas dikatakan kepadaku:  ”Lihatlah ke ufuk yang lain”; di sana kulihat satu rombongan besar kemudian dikatakan kepadaku:  ”Ini adalah ummatmu dan di dalamnya ada tujuh puluh ribu orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan tanpa diseksa lebih dahulu.”  Beliau lalu bangkit dan masuk ke dalam rumah.  Maka orang-orang ramai membicarakan masalah orang-orang yang akan masuk syurga tanpa dihisab dan diseksa lebih dahulu.  Salah seorang dari mereka berkata:  ”Barangkali mereka adalah sahabat-sahabat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”  Ada pula yang berkata:  ”Barangkali mereka adalah orang-orang yang dilahirkan dalam keadaan Islam kemudian mereka tidak mempersekutukan ALLAH.”  Dan mereka memperkirakan yang macam-macam.  Kemudian Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam keluar dan bersabda kepada mereka:  ”Apa yang sedang kalian bicarakan?”  Kemudian mereka menceritakannya kepada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.  Maka Baginda sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:  ”Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menjampi, mereka yang tidak pernah minta dijampi, mereka yang tidak meramal dan hanya kepada Tuhan sahaja mereka bertawakkal.”  Kemudian `Ukkasyah ibn Mihshan berkata berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu termasuk golongan mereka.”  Lantas berdirilah orang lain seraya berkata:  ”Wahai Rasulullah, doakanlah kepada ALLAH agar saya termasuk golongan mereka.”  Baginda sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:  ”Kamu telah didahului oleh `Ukkasyah.”  (HR al-Bukhari dan Muslim)
Peristiwa Hari Hisab dan seksa Neraka tersangat dahsyat.  Betapa beruntungnya orang-orang yang bilangannya 70,000 orang ini yang mendapat keistimewaan ini, iaitu bebas dari dihisab dan diseksa terlebih dahulu.  Mereka terus masuk ke Syurga dan menikmati keseronokan di sana, subhanALLAH.
Mudah-mudahan kita tergolong di dalam kumpulan ini.  Untuk itu:
  1. Jauhilah dari terlibat dengan jampi-menjampi.
  2. Jauhilah dari meminta orang lain menjampi kita.
  3. Jauhilah dari terlibat dan percaya kepada sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai meramal seperti meramal nasib, meramal jodoh dan lain-lain lagi walaupun dengan tujuan main-main atau seronok-seronok.
  4. Jadilah hamba ALLAH yang sentiasa bertawakkal kepada ALLAH `Azza wa Jalla.  Iaitu menyerahkan semua urusan kepada ALLAH selepas meletakkan perancangan dan usaha yang sungguh-sungguh.
WAllahu Ta`ala A`lam.

*** copy paste..

Thursday, May 2, 2013

takut




bismillah..

Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..

sebenarnya kini jemariku longlai.. ntah ape ingin ditaip.. yang pasti kini aku sedang berduka.. asyik menangis.. aku takut dengan azab Allah... aku takut dengan dosa2 yang telah aku lakukan.. aku belum bersedia untuk melalui kematian.. ='(

Ya Allah, aku rindukan mak.. aku rindukan abah.. aku rindukan adik beradikku.. aku jugak rindukan si dia.. ya, si dia yg belum halal bgku.. maafkan aku Ya Allah..

Monday, April 29, 2013

wordless monday




ayg sayang abg sgt²!!!

Wednesday, April 3, 2013

hunting...


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

hihihi.. ekceli tade benda aku nak update la.. tp jari ni gelisah nak menaip time rehat cenggini.. so, aku memutuskan nak cite sal DIY tudung..

u ols.. skg ni I cbuk hunting lace utk jahit kat shawl half moon aku yg kosong zero begitu.. ianya bagi menambah kesedapan mata memandang..

tempat yang menjadi sasaran : semestinya A TU Z.. yg terpisah oleh tol 50sen dari umah.. pada yang x pena p A TU Z, korang g la google sniri.. tapi berbaloi2 p c2, lagik2 bg mereka yg mencari persiapan perkahwinan.. wah gituu..

DIY projek aku dah jalan dan dah settle.. x sampai 24 jam u ols.. sambil bergayut talipon gn abg sayang pon leh siap dah projek DIY korang tu.. *cam aku.. hahaha..

t de mase aku tangkap pix eh.. tunjuk kt korang.. bai!


 

Sunday, March 24, 2013

cinta kau dan aku

 
 
Bunga-bunga yang bertaburan
Alam ibarat meraihkan
Luhurnya satu percintaan
Bagaikan telah ditakdirkan

Namun cinta kau dan cinta ku
Banyak halangan datang bertamu
Mampukah ditempuh satu persatu
Terdayakah menahan onak beribu

* Hatiku semakin terluka
Bila setiaku kau permainkan
Mengapa harus sengsara
Bila cinta dalam genggaman

Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Tunjukkan jalan yang terang
Untukku

Tiap cinta ada cerita
Penuh onak ranjau yang berliku
Ku tabah ku harungi jua
Dugaan cinta kau dan aku

*
Cinta kau dan aku
Mungkinkah bersatu
KepadaNya ku pohon restu
Kembalikan dia… kepadaku
Kepadaku
 

 
hi blogger2!!! layan x drama ni.. aku sgt2 lyn.. sampai aku rase aku lah nur farisya iman itu.. okeh.. sgt perasaaan disitu. bai!